Friday, June 25, 2021

Kumpulan hak asasi ambil tindakan mahkamah berhubung taraf kewarganegaraan berat sebelah 

Kes itu difailkan bagi mendapatkan deklarasi mahkamah bertujuan untuk mempromosi kesamarataan gender di Malaysia. 

Other News

Sebuah kumpulan hak asasi hari ini memfailkan tindakan mahkamah bagi menuntut penjelasan berhubung hak kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan wanita Malaysia bersama pasangan warga asing di luar negara.

Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor dan Kuala Lumpur berkata, tindakan memfailkan kes untuk mendapatkan deklarasi mahkamah bertujuan untuk mempromosi kesamarataan gender di Malaysia.

Mereka berkata, terdapat enam lagi ibu warganegara Malaysia akan bersama-sama kumpulan itu membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Dua orang daripada enam ibu itu hadir pada sidang media berkenaan. Mereka ialah Myra Eliza Mohd Danil dan Adlyn Teoh.

MalaysiaNow pernah berkongsi pengalaman Myra berjuang mendapatkan kerakyatan buat anak perempuannya sejak tujuh tahun lalu.

“Lebih 60 tahun, ramai keluarga menanggung derita akibat proses permohonan yang panjang dan sukar di bawah Perkara 15 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Proses budi bicara ini boleh memakan masa bertahun lamanya dan selalu berakhir dengan permohonan ditolak tanpa sebarang alasan diberikan,” kata Presiden Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor dan Kuala Lumpur Suri Kempe pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Mereka berkata, terdapat enam lagi ibu warganegara Malaysia akan bersama-sama kumpulan itu membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, bayi yang lahir di luar negara dengan bapa memiliki kewarganegaraan Malaysia akan dianugerahkan taraf warganegara secara automatik.

Bagaimanapun, bayi yang lahir dengan ibu warganegara Malaysia dan bapa bukan warganegara perlu memohon untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan.

Pada 8 Disember lalu, MalaysiaNow melaporkan  kumpulan hak asasi itu akan mengemukakan saman terhadap kementerian dalam negeri pada 18 Disember kerana keengganan kerajaan untuk mengiktiraf anak yang dilahirkan wanita Malaysia di luar negara sebagai warganegara.

Perkara itu timbul selepas satu kenyataan dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said dalam Dewan Rakyat mempertahankan tindakan tersebut dengan mengatakan ia bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.

Bagaimanapun, pengkritik menyelar kenyataan tersebut.

Lawyers for Liberty dalam satu kenyataan awal bulan lalu menggesa satu pertimbangan khusus perlu diberikan bagi membolehkan kaum wanita warganegara mendapatkan taraf kewarganegeraan anak mereka mengikut keluhuran undang-undang.

LFL berkata, ia boleh dilaksanakan dengan meminda Bahagian II dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan dengan menggantikan perkataan ‘bapa’ kepada ‘ibu bapa’.

Mengulas lanjut, Suri berkata proses permohonan yang memakan masa panjang itu menyebabkan anak-anak mereka memiliki akses terhad kepada pendidikan, kesihatan dan perlindungan sosial.

“Kami yakin dengan kemampuan mahkamah untuk menegakkan prinsip kesamarataan melalui konvensyen antarabangsa yang ditandatangani Malaysia dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles