Sunday, February 28, 2021

Ahmad Maslan gagal kali ketiga batal pertuduhan

Jabatan Peguam Negara menolak permohonan representasi kali ketiga yang dikemukakan Ahmad.

Other News

Muhyiddin tetap perkukuh hubungan antarabangsa

Pandemik Covid-19 tidak bermakna negara tidak memberi perhatian dalam hubungan antarabangsa.

Darurat Covid-19 diperlukan, kata PM

'Saya pun tak tahu parti mana sekarang yang mempunyai jumlah kerusi yang lebih besar daripada saya', kata Muhyiddin.

2,437 kes positif, jumlah jangkitan Covid-19 kini melebihi 300,000

300,752 jumlah keseluruhan kes positif dilaporkan di Malaysia.

2,437 cases take total confirmed infections past 300,000

202 in the ICU, 93 in need of respiratory assistance.

PKR pertahankan tindakan wakil rakyat Amanah lompat parti

Ahli dalam Pakatan Harapan boleh bertukar menyertai mana-mana parti kecuali ‘seteru’ politik.

Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan gagal kali ketiga untuk menggugurkan dua pertuduhan tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini berikutan Jabatan Peguam Negara menolak permohonan representasi kali ketiga yang dikemukakan Ahmad berhubung kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria semasa pengurusan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Kamar Jamaludin.

“Pihak pendakwaan telah diserahkan dengan representasi kali ketiga dan  representasi tersebut telah ditaklimatkan kepada Peguam Negara  (Idrus Harun) dan telah ditolak pada 5 Oktober lepas,” katanya.

Dalam prosiding itu juga, pendakwaan memohon tarikh bicara baharu ditetapkan berikutan timbalan pendakwa raya dan pegawai penyiasat kes tersebut telah dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

“Sepatutnya tarikh bicara seterusnya pada 24 Disember ini. Sehubungan itu, pihak-pihak memohon satu tarikh perbicaraan baharu, dan perbicaraan ini melibatkan 10 saksi pendakwaan,” katanya.

Peguam Mohamed Baharudin Mohd Ariff  yang mewakili Ahmad, 54, berkata pihaknya mempunyai kelapangan pada bulan Julai tahun depan memandangkan dari Januari hingga Mei pihaknya mempunyai kes-kes lain di Mahkamah Tinggi dan  di mahkamah Shah Alam.

Pihak pendakwaan memaklumkan pihaknya berkelapangan dari Februari hingga Mei 2021 namun pihak pembelaan tidak berkelapangan antara bulan tersebut.

Hakim Ahmad Kamar menetapkan tarikh perbicaraan pada 5 hingga 8; 12 hingga 15 dan 26 hingga 29 Julai tahun depan.

Ahmad didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar berjumlah RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri itu kepada LHDN dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Beliau dituduh telah menerima wang tersebut, yang dipercayai sebagai hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013, dan cek itu telah ditunaikan sendiri oleh Ahmad pada hari  sama.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pada 30 April, 2014.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Ahmad didakwa telah memberi pernyataan palsu kepada SPRM semasa percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat SPRM iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohd Zairi Zainal, berhubung isu itu di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini antara 2.45 petang dan 3.30 petang pada 4 Julai 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Things to know about income tax in Malaysia

A look at the scope of taxation and some important reminders as income tax season begins.

Perbicaraan kes rasuah RM6.35 juta bekas SU politik Mat Sabu pada 15 Mac

Azhar berdepan dengan lima pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM6.35 juta daripada sebuah syarikat kontraktor.

Bicara kes pengubahan wang haram Rosmah bermula November

Peguam Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

Rosmah’s trial for money laundering, tax evasion to start in November

Her trial will begin after the High Court has heard her defence on the corruption case in relation to a solar hybrid project for rural schools in Sarawak.

Jabatan Peguam Negara bantah permohonan NGO cabar kerajaan hantar pulang pelarian Myanmar

Dua badan bukan kerajaan (NGO) mencabar keputusan kerajaan Malaysia untuk menghantar pulang 1,200 pelarian warganegara Myanmar ke negara asal.