Saturday, February 27, 2021

1,772 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19

1,359 kes atau 76.7% berlaku semasa gelombang ketiga pandemik Covid-19.

Other News

AmBank to pay RM2.83 billion settlement over 1MDB scandal

This is in addition to the RM53.7 million penalty imposed by Bank Negara Malaysia and paid by AmBank Group.

AmBank bayar Putrajaya RM2.83 bilion disebabkan penglibatan dalam skandal 1MDB

Pembayaran ini akan menguntungkan rakyat Malaysia kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Palm oil churns trouble in Canadian ‘hard butter’ puzzle

The pandemic has increased demand for butter, so farmers are feeding extra palm oil derivatives to their cows to produce more milk fat.

Kes Covid-19 kembali melebihi 2,000, 11 kematian baru

11 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah 1,111 kes.

Daily cases back over 2,000, death toll up by 11

2,253 new cases, 3,085 recoveries.

Sebanyak 1,771 kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan direkodkan sehingga hari ini dengan 1,359 kes atau 76.7% daripadanya berlaku semasa gelombang ketiga pandemik Covid-19.

Jumlah itu termasuk 43 kes baharu yang dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah berkata kumpulan petugas kesihatan yang melaporkan kes jangkitan tertinggi sejak bermulanya pandemik itu ialah jururawat dengan 690 kes, pegawai perubatan (211 kes), pembantu perawatan kesihatan (146 kes), pembantu pegawai perubatan (144 kes) dan pegawai perubatan siswazah sebanyak 84 kes.

Berdasarkan siasatan, beliau berkata 587 kes petugas mendapat jangkitan dari komuniti, 565 kes berlaku di antara petugas-petugas kesihatan, 152 kes jangkitan berkaitan dengan pesakit-pesakit yang masih belum disahkan mendapat jangkitan, 58 kes tidak diketahui punca, dan 409 kes punca masih dalam siasatan.

“Pada hari ini seramai 280 petugas sedang menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil dengan kadar sembuh sebanyak 84.2 peratus. Manakala seramai 1,697 petugas kesihatan di seluruh negara sedang menjalani Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (Home Surveillance Order–HSO) sama ada di tempat kediaman atau di stesen kuarantin,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Berhubung jangkitan Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor, Noor Hisham berkata hingga hari ini, terdapat 72 petugas hospital itu sedang menjalani perintah HSO namun kesemua berada dalam keadaan stabil.

Beliau turut mengesahkan terdapat jangkitan Covid-19 dalam kalangan pesakit dan petugas kesihatan di Hospital Serdang yang setakat ini melibatkan 29 petugas perubatan serta 28 pesakit dan kesemua mereka telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kes Covid-19 kembali melebihi 2,000, 11 kematian baru

11 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah 1,111 kes.

Kes baru Covid-19 jatuh bawah 2,000

12 lagi kematian dicatatkan.

Macam suntikan biasa, tak perlu takut, kata penerima awal vaksin Covid-19

Clement Marai Francis rasa bertuah kerana mendapat suntikan vaksin memandangkan tugasnya membawa pesakit Covid-19 amat berisiko.

Muhyiddin individu pertama terima vaksin Covid-19 hari ini

Turut dijadualkan menerima vaksin itu pada petang ini ialah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah serta empat lagi warga kerja kementerian kesihatan.

Putrajaya dalam dilema, kesihatan awam atau ekonomi?

Ahli politik kerajaan dan pembangkang merasakan tiada naratif yang jelas mengenai langkah dalam memerangi pandemik, walaupun selepas beberapa siri perbincangan.