- Iklan -
Berita

GST mampu tingkatkan pendapatan negara, kata timbalan menteri

Bagaimanapun kerajaan akan mengkaji kesesuaian sebelum laksanakan semula GST.

Fazreen Kamal
2 minit bacaan
Kongsi
Timbalan Menteri Kewangan I yang juga ahli parlimen Kudat, Abd Rahim Bakri ketika hadir Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen. Gambar: Bernama
Timbalan Menteri Kewangan I yang juga ahli parlimen Kudat, Abd Rahim Bakri ketika hadir Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen. Gambar: Bernama

Walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mampu meningkatkan hasil pendapatan kepada kerajaan berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), namun ia dilihat mampu mewujudkan “disposable income” yang akan membebankan rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan I Abdul Rahim Bakri.

Ahli Parlimen Kudat itu berkata, kerajaan sedang mengkaji kesesuaian bagi melaksanakan semula GST atau apa-apa model cukai kepenggunaan dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kedua-duanya ada kebaikan dan keburukan dan memang betul dari segi ketelusan tak dapat dinafikan (GST) merupakan sistem telus tetapi masa yang sama ada kelemahan mungkin dilaksanakan sebelum ini gagal sehingga rakyat menolaknya. Memang betul hasil tambahan RM20 bilion lebih melalui GST tetapi rakyat juga akan kehilangan RM20 bilion disosable income.

“Perkara-perkara ini bukan tidak menyokong GST dilaksanakan malah ia merupakan kaedah yang perlu dikaji lebih terperinci kerana ia akan dapat memberikan hasil kepada kerajaan kerana (kaedah) berterusan berhutang untuk laksanakan pembangunan kita khsusunya projek-projek pembangunan adalah tidak baik dalam jangka panjang untuk ekonomi kita,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan (Pindaan) 2020 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini yang menyaksikan ia diluluskan dengan undian suara.

Rahim berkata, cara itu dilaksanakan bagi menentukan nilai ambang untuk membatalkan pendaftaran cukai oleh sesebuah syarikat.

Terdahulu, Steven Choong Shiau Yoon (PH-Tebrau) semasa mencelah menyatakan GST harus dilaksanakan kerana merupakan satu sistem yang tidak pihak boleh lari daripada membayar cukai di samping akan menambah pendapatan negara dengan lebih tinggi berbanding SST.

Rahim berkata, cara itu dilaksanakan bagi menentukan nilai ambang untuk membatalkan pendaftaran cukai oleh sesebuah syarikat.

“Ini bagi memudahkan syarikat untuk maklum kepada ketua pengarah bila jualan syarikat 12 bulan ke belakang tidak mencapai nilai ambang RM500,000. Ada syarikat memohon batalkan pendaftaran cukai jualan mereka.

“Oleh sebab itu, dalam peruntukan baru menggunakan kaedah sejarah berbanding sebelum ini. Jika tiada sejarah boleh dikecualikan namun kebiasaannya mereka ini (mohon) syarikat yang menjalankan perniagaan.”

Ketika membentangkan RUU tersebut, katanya ia merupakan pindaan susulan kepada pindaan yang dilaksanakan ke atas Akta Kastam 1967 di samping bagi memperkemas pelaksanaan layanan cukai jualan yang mempunyai 13 fasal.