- Iklan -
Berita

1,220 kes baru Covid-19, 1,297 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Jumlah kes aktif sebanyak 14,671.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pengguna mengguna aplikasi sewaan Skuter Elektronik atau eSkuter untuk bersiar-siar di sekitar Bukit Bintang. Dia memakai pelitup muka bagi mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
Seorang pengguna mengguna aplikasi sewaan Skuter Elektronik atau eSkuter untuk bersiar-siar di sekitar Bukit Bintang. Dia memakai pelitup muka bagi mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Sebanyak 1,220 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk enam jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 89,133 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 1,297 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 74,030 kes atau 83.1%.

“Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 368 kes atau 30.2%, diikuti Kuala Lumpur 297 kes (24.3%) dan Sabah 184 kes (15.1%),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 14,671 kes.

“Daripada jumlah itu 106 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 53 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dukacita dimaklumkan terdapat tiga lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 432 orang.

Terdapat tiga lagi kluster baru dikesan membabitkan Kluster Jalan Rusa di daerah Cheras, Kuala Lumpur; Kluster Tapak Bina Pasifik (Lembah Pantai, Kuala Lumpur) dan Kluster Maringkan (Telupid dan Ranau, Sabah).