Tuesday, June 22, 2021

Penduduk Eropah diberi vaksin Covid-19 sebelum akhir tahun

Kesatuan Eropah telah membuat perjanjian untuk membeli kira-kira dua bilion dos vaksin Covid-19.

Other News

Kesatuan Eropah (EU) dijangka memulakan pemberian vaksin COVID-19 sebelum akhir tahun ini, lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) pada Selasa.

Mesyuarat mengenai vaksin itu akan diadakan pada 21 Disember, lapan hari lebih awal berbanding yang dirancang sebelum ini.

Ketua Suruhanjaya EU Ursula von der Leyen menulis di Twitter, menyambut baik keputusan EMA itu: “Setiap hari sangat penting – kami bertungkus lumus bekerja untuk meluluskan vaksin Covid-19 yang selamat dan berkesan.”

“Mungkin rakyat Eropah akan mula diberi vaksin sebelum akhir 2020!”.

Kenyataan EMA dikeluarkan selepas Menteri Kesihatan Jerman Jens Spahn berkata pihaknya menjangkakan kelulusan untuk vaksin Covid-19 boleh diperoleh sebelum Krismas.

EU telah membuat perjanjian untuk membeli kira-kira dua bilion dos vaksin dengan enam syarikat termasuk 300 juta dari Pfizer dan BioNTech.

Selain itu, EU juga menandatangani kontrak dengan Moderna, AstraZeneca, CureVac, Johnson & Johnson dan Sanofi-GlaxoSmithKline.

EMA bertanggungjawab memberi kelulusan terhadap penggunaan ubat-ubatan untuk semua negara anggota.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles