- Iklan -
Berita

7 dilaporkan maut akibat Covid-19

Sebanyak 1,295 kes baru, 1,052 pesakit pulih.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pengunjung menunjukkan imbasan aplikasi MySejahtera sebelum dibenarkan masuk ke pusat beli-belah Pavillion, Kuala Lumpur.
Seorang pengunjung menunjukkan imbasan aplikasi MySejahtera sebelum dibenarkan masuk ke pusat beli-belah Pavillion, Kuala Lumpur.

Sebanyak 1,295 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk 10 jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 87,913, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 1,052 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 72,733 kes atau 82.7%.

“Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 481 kes atau 37.1%, diikuti Sabah 268 kes (20.7%) dan Kuala Lumpur 232 kes (17.9%),” katanya dalam sidang media harian.

Noor Hisham berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 14,751 kes.

“Daripada jumlah itu 113 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 53 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dukacita dimaklumkan terdapat tujuh lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 429 orang.