Monday, March 8, 2021

Penurunan penarafan Fitch Ratings tak cetus kesan mengejut kepada pasaran modal, kata menteri

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dan mata wang ringgit kekal stabil dan turut merekodkan permintaan yang tinggi.

Other News

Slots of vaccine recipients not listed under Phase 1 cancelled, says Khairy

He says some centres had already finished vaccinating frontliners and had added individuals from other agencies not listed under the first phase.

DAP says no party-to-party cooperation with Umno for GE15

DAP secretary-general Lim Guan Eng says any cooperation will be on an ad hoc basis, such as in efforts to convene Parliament.

Hong Kong leader praises China’s plan to install ‘patriots’

Legislation to vet all election candidates in Hong Kong is currently being discussed by China's rubber-stamp parliament and is expected to be adopted on Thursday.

Malaysia catat 1,529 kes baru Covid-19

Trend jangkitan wabak Covid-19 terus menunjukkan penurunan.

1,529 new cases as numbers stay under 2,000 mark for third day

Selangor continues to record the most cases with 726.

Penyusutan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia setakat ini tidak mencetuskan kesan “mengejutkan” terhadap pasaran modal, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Beliau berkata, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dan mata wang ringgit kekal stabil dan turut merekodkan permintaan yang tinggi, iaitu 2.6 kali melebihi nilai tawaran untuk bon Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) selama 10 tahun yang diterbitkan minggu lalu.

“Semalam, saya mengumumkan bahawa lapan pengurus dana modal teroka dari Amerika Syarikat, Korea, China, Indonesia dan Singapura bersetuju melabur dalam syarikat pemula Malaysia.

“Ia membabitkan nilai pelaburan hingga RM1.57 bilion ringgit. Dalam kata mudahnya, keyakinan pelabur terhadap pasaran modal negara jangka panjang masih kukuh,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang mahu kementerian kewangan menyatakan langkah menangani keputusan mengejut Fitch Ratings menyemak turun penarafan kredit Malaysia.

Menurut Zafrul, agensi penarafan Fitch membuat semakan semula penarafan kredit Malaysia daripada A- kepada BBB+, namun dengan peningkatan tinjauan yang lebih baik daripada negatif kepada stabil.

“Semakan semula penarafan ini didorong oleh kesan negatif daripada pandemik Covid-19 terhadap kedudukan kewangan negara dan situasi politik semasa.

“Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, kebanyakan agensi penarafan kredit antarabangsa mengenakan lebih 220 tindakan penarafan negatif sejak awal Mac lalu, termasuk tindakan penurunan penarafan kepada lebih 100 buah negara, seperti UK, Hong Kong, Chile dan Laos.

“Oleh itu, walaupun semakan semula penarafan Malaysia tidak menentang arus penarafan global, namun kerajaan menyuarakan pendirian rasmi bahawa keputusan tersebut tidak cukup mempertimbangkan keberhasilan pelaksanaan pakej-pakej rangsangan yang mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan ekonomi.”

Katanya, ini termasuklah penguncupan KDNK yang lebih perlahan pada kadar 2.7% pada suku ketiga 2020 antara terbaik di Asia Tenggara berbanding 17.1% pada suku kedua dan pengekalan lebih 2.8 juta pekerjaan melalui program seperti subsidi upah yang membawa kepada kadar pengangguran yang menurun dan stabil iaitu daripada 5.3% pada bulan Mei kepada 4.7% pada bulan Oktober.

“Menurut Universiti Johns Hopkins, Malaysia mencapai nisbah kes Covid-19 berbanding kematian dalam lingkungan 10% terendah di peringkat global.

“Ini adalah hasil pelaksanaan langkah yang berkesan dalam membendung wabak tersebut melalui peruntukan kesihatan yang disediakan,” katanya.

Katanya, perubahan penarafan ini tidak akan membantutkan usaha Malaysia menuju ke arah pemulihan ekonomi pada 2021.

Menurut Zafrul, ini kerana inisiatif Belanjawan 2021 akan meneruskan momentum pemulihan dan dijangka menyumbang kepada sasaran pertumbuhan KDNK antara 6.5% hingga 7.5% pada tahun hadapan.

“Ramai ahli-ahli Yang Berhormat yang sering mengatakan unjuran ini terlalu optimistik. Namun, Fitch sendiri mengunjurkan pertumbuhan pada kadar 6.7% iaitu sejajar dengan unjuran Malaysia sendiri.

“Institusi lain seperti IMF pula mengunjurkan pertumbuhan sehingga 7.8%, iaitu lebih tinggi daripada unjuran kerajaan. Ini secara amnya menunjukkan keyakinan terhadap kebolehan ekonomi Malaysia untuk melonjak kembali.

“Tambahan pula, sejak pengumuman tersebut, ‘there has been no knee-jerk reaction’, dengan izin, daripada pasaran.”

Selain itu katanya, berdasarkan status syarikat, lantikan politik perlu melalui pelbagai saringan seperti oleh Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan komited memastikan amalan governans terbaik sentiasa dipegang. Selepas ekonomi pulih semula, usaha memperkukuhkan ekonomi negara akan diteruskan.

“Kerajaan komited untuk melaksanakan langkah konsolidasi dan kemampanan fiskal berpandukan kepada Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana (MTFF) serta penggubalan satu Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang bertujuan untuk 5 menambah baik pengurusan dan pelaporan fiskal, seterusnya menambah baik aspek transparensi dan ‘good governance’.

“Ini termasuk menurunkan tahap keberhutangan negara atau defisit fiskal yang ditanggung dan diwarisi oleh kerajaan sekarang,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

DAP says no party-to-party cooperation with Umno for GE15

DAP secretary-general Lim Guan Eng says any cooperation will be on an ad hoc basis, such as in efforts to convene Parliament.

BN, PH come together with identical statements signed by Zahid and Anwar

Two statements issued after top leaders' meetings are identical in language, tone and order.

BN chief Zahid repeats call for Dewan Rakyat sitting during emergency

The BN chairman also hits out at PAS' Takiyuddin Hassan for ruling out any parliamentary sitting during the virus emergency.

Govt vows no let-up in bringing 1MDB culprits to justice after RM19 billion settlements

Finance minister says Malaysia's claims on individuals such as Jho Low will not be affected or compromised.

Deloitte setuju penyelesaian RM324 juta berkaitan 1MDB, SRC International

MoF berkata penyelesaian oleh Deloitte ini merupakan penyelesaian berkaitan 1MDB terbesar oleh sebuah firma audit di Asia Tenggara.