Friday, March 5, 2021

Khairy dapat peluang kedua cabar saman fitnah Anwar

Kes tersebut dikembalikan ke Mahkamah Rayuan.

Other News

Pengerusi BN terus gesa sidang Parlimen ketika darurat

BN menganggap kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan semalam mencabar kuasa Agong.

PN masih utuh, kata Bersatu

Bersatu menyatakan penghargaan kepada semua parti komponen Perikatan Nasional yang masih setia dengan gabungan itu.

Bersatu says PN still in charge, views Umno decision seriously

The party says its focus is on the economy and the pandemic, and that it takes a serious view of Umno's decision.

Hanya MySejahtera digunapakai bagi solat Jumaat di Selangor berkuat kuasa esok

Sebarang aplikasi pengimbas selain MySejahtera tidak diterima oleh Jais bagi jemaah yang ingin masuk ke dalam masjid dan surau.

BN chief Zahid repeats call for Dewan Rakyat sitting during emergency

The BN chairman also hits out at PAS' Takiyuddin Hassan for ruling out any parliamentary sitting during the virus emergency.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin memperoleh peluang kedua untuk mencabar saman fitnah difailkan terhadapnya oleh Anwar Ibrahim, 12 tahun lepas.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim hari ini membenarkan rayuan Khairy terhadap keputusan mahkamah rayuan menolak rayuannya dalam saman fitnah difailkan terhadapnya oleh Anwar.

“Kes ini dikembalikan ke Mahkamah Rayuan untuk mendengar merit kes ini,” kata Abang Iskandar yang kemudian menetapkan esok untuk pengurusan kes melalui prosiding e-review.

Mahkamah juga memerintahkan Anwar membayar RM30,000 sebagai kos kepada Khairy.

Empat hakim Mahkamah Persekutuan yang lain ialah P. Nallini, Vernon Ong Lam Kiat, Hasnah Mohammed Hashim dan Rhodzariah Bujang.

Prosiding dijalankan secara dalam talian dengan lima hakim dan beberapa pegawai mahkamah di mahkamah terbuka manakala peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Khairy dan J.Leela bagi pihak Anwar secara maya di hadapan panel melalui aplikasi zoom.

Terdahulu Muhammad Shafee memohon kos RM100,000 atas alasan jumlah persiapan untuk kes di peringkat Mahkamah Persekutuan adalah besar tetapi Leela mengatakan jumlah yang diminta terlalu tinggi.

“Kami memohon kos RM10,000,” katanya.

Pada April tahun lepas, Khairy mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuannya selepas memutuskan bahawa wujud lebih daripada satu maksud dalam notis rayuannya.

Anwar, yang merupakan presiden PKR, menyaman Khairy, yang ketika itu menteri belia dan sukan dan juga naib ketua Pemuda Umno pada 7 Mac, 2008, mendakwa Khairy telah membuat kenyataan memfitnahnya dalam ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari tahun sama dan telah menyebabkan klip video bertajuk “Anwar and kin no threat” disiarkan di portal berita.

Pada  September 2017, Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan memerintahkan Khairy membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am kepada Anwar.

Azizul juga menolak permohonan Khairy untuk meminda pernyataan pembelaannya untuk menyatakan bahawa kenyataannya adalah komen yang adil.

Pada Februari  2018, Mahkamah Rayuan mengetepikan rayuan Khairy selepas membenarkan permohonan dikemukakan peguam mewakili Anwar untuk membatalkan notis rayuan itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Muhyiddin individu pertama terima vaksin Covid-19 hari ini

Turut dijadualkan menerima vaksin itu pada petang ini ialah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah serta empat lagi warga kerja kementerian kesihatan.

182,520 dos tambahan vaksin Pfizer sampai esok, kata Khairy

Bekalan vaksin tambahan itu akan dihantar ke negeri-negeri yang belum menerima bekalan.

571,802 anggota barisan hadapan daftar untuk imunisasi Covid-19, kata Khairy

Malaysia mencatatkan sejarah apabila kumpulan pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech tiba di KLIA pada jam 10.07 pagi tadi.

Anwar beritahu saya dia tidak mampu kawal ‘budak-budak jahatnya’, kata Mahathir

Bekas perdana menteri memberikan sedikit bayangan mengenai pertemuan peribadi dengan lelaki yang dinamakan untuk menggantikan tempatnya.

Pekerja asing tiada dokumen boleh dapatkan vaksin Covid-19 tanpa ditahan, kata Khairy

Pekerja asing yang tidak mempunyai sebarang dokumen dirayu untuk tampil ke kedutaan negara masing-masing.