Thursday, February 25, 2021

Felda dijangka kembali untung pada 2023, kata menteri

Pelan pemulihan Felda sudah disusun bagi capai kemampanan kewangan.

Other News

Undang-undang syariah Selangor berkait seks luar tabii sebagai jenayah tidak sah

Keputusan itu diputuskan oleh panel sembilan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Ketika program imunisasi bermula, teori menentang vaksin muncul dalam bentuk ‘penyelidikan perubatan’

Salah satu dakwaan oleh ‘jurnal perubatan’ memberi amaran vaksin Pfizer boleh menyebabkan penyakit berkait otak.

As vaccination begins, theories against jabs surface in the form of ‘medical research’

One such claim in a 'medical journal' warns that Pfizer's vaccine could lead to brain-related disease.

Perak Man, rangka manusia berusia 11,000 tahun akhirnya miliki wajah

Ia ditemukan pada 1991 di Gua Gunung Runtuh, Lembah Lenggong, Hulu Perak dan dipercayai hidup 10,000 hingga 11,000 tahun dahulu.

Injunctive orders and the deportation of Myanmar nationals

It would have been tenuous to rely on a stay order to prevent the government from deporting the 1,200 Myanmar nationals.

Kerajaan sedang dan akan mengambil pelbagai langkah berkesan bagi memastikan Felda bukan hanya mampu pulih daripada kerugian dan berdaya saing seperti syarikat perladangan lain pada 2023, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed.

Katanya, bagi memastikan Felda mencapai kemampanan kewangan dan kelestarian, mesyuarat jemaah menteri pada 14 Oktober lalu meluluskan pelan pemulihan Felda.

Mustapa berkata, antara syor yang diluluskan adalah penerbitan sukuk yang dijamin kerajaan berjumlah RM9.9 bilion termasuk RM6 bilion daripadanya akan digunakan bagi mengurangkan bebanan hutang Felda.

Beliau berkata manakala bakinya akan digunakan untuk meningkatkan pendapatan teras iaitu melalui pengambilalihan pegangan saham FGV serta melaksanakan penamatan perjanjian pajakan tanah.

“Pemulihan Felda tidak lengkap dengan tindakan kerajaan semata-mata. Oleh itu, pihak pengurusan Felda diarahkan untuk memantapkan lagi pengurusannya.

“Pengurusan Felda merangka model baru Felda yang berteraskan kepada penambahbaikan tadbir urus, operasi ladang yang lebih cekap, warga peneroka, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penggunaan teknologi bagi memastikan Felda berada di tahap yang lebih mandiri dan lestari.

“Bagi memastikan petunjuk prestasi utama yang ditetapkan dicapai, Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan dan Keberkesanan Pelan Pemulihan Felda ditubuhkan. Kita perlu melihat ke hadapan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) yang meminta perdana menteri menyatakan pelan perancangan Kerajaan bagi memulihkan kembali aliran tunai dan juga hutang korporat Felda.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan bekas menteri, Abdul Wahid Omar akan memantau pelaksanaan langkah-langkah ini dengan rapi agar ia dilaksanakan dengan lebih berkesan dan lancar.

“Langkah-langkah pemulihan tersebut dijangka membawa hasil positif ke atas Felda pada tahun 2023. Ini akan dapat memastikan Felda mencapai kejayaan seperti mana syarikat-syarikat perladangan utama yang lain.

“Kita berharap segala usaha yang sedang dan akan dilakukan dapat memastikan Felda berada di landasan yang lebih teguh bagi melunaskan tanggungjawabnya sebagai agensi yang membela nasib lebih daripada 100 ribu keluarga peneroka tanpa kebergantungan kepada kerajaan.”

Terdahulu, Mustapa mendedahkan Felda mula mengalami kerugian pada 2013 selepas penyenaraian FGV ke Bursa Malaysia pada tahun 2012 dan kehilangan sumber pendapatan yang penting serta harga kelapa sawit yang kurang memberangsangkan.

Beliau berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan hutang peneroka yang tinggi dan kadar kutipan hutang yang tidak memberangsangkan.

“Bagi memastikan operasi harian dan komitmen perkhidmatan kepada warga peneroka berjalan dengan lancar, Felda terpaksa membuat pinjaman dan kini menanggung jumlah hutang yang tinggi mencecah RM10.7 bilion.

“Bagaimanapun, pada September tahun ini, Felda memaklumkan kerajaan ia tidak mampu membayar balik beberapa hutangnya dan mempunyai masalah kecairan sebanyak RM1.3 bilion.

“Justeru, kerajaan bersetuju untuk memberikan moratorium selama dua tahun kepada Felda untuk salah satu daripada hutangnya dan sebuah institusi yang lain memberi moratorium selama enam bulan,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Agong boleh benarkan sidang Parlimen semasa darurat, kata Istana Negara

Tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat

Ahli Parlimen PH dalam jawatankuasa khas darurat tetap mahukan sidang Parlimen

Mereka berkata sidang Dewan Rakyat sangat penting untuk memastikan segala agenda dan langkah-langkah untuk membendung Covid-19 dapat dibahaskan.

PH trio in emergency committee insist on Dewan Rakyat sitting

They say this will help ensure checks and balance and allow MPs to debate the measures taken to contain Covid-19.

Why schools can re-open but Parliament cannot convene

If the emergency is lifted and the prime minister loses a no-confidence vote, failure to agree on a PM candidate would result in a snap election.

Isa Samad settles bail payment, files notice of appeal

His notice of appeal was filed at the High Court this morning.