Monday, May 3, 2021

Belanjawan kementerian pertahanan, KDN lulus dengan undian suara

Kementerian pertahanan menerima peruntukan bernilai RM15.86 bilion manakala KDN sebanyak RM16.85 bilion.

Other News

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi kementerian pertahanan dan kementerian dalam negeri (KDN) tidak berdepan sebarang masalah untuk diluluskan di Dewan Rakyat hari ini apabila lulus dengan undian suara majoriti.

“Lebih suara bersetuju,” kata Timbalan Speaker Rashid Hasnon di Dewan Rakyat hari ini.

RUU itu juga diluluskan dengan mudah tanpa melalui undi belah bahagi selepas 10 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan pada peringkat jawatankuasa.

Tiada kekecohan berlaku seperti perbahasan melibatkan peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan sebelum itu yang diputuskan melalui undi belah bahagi.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob ketika menggulung perbahasan berkata kerajaan memberi jaminan akan mewujudkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bertujuan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan belia, yang dimansuhkan sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Katanya kementerian pertahanan sedang menyediakan kertas jemaah menteri bagi merealisasikan perkara itu yang akan menggunakan modul dan pendekatan yang berbeza berbanding sebelumnya.

Kementerian pertahanan diperuntukkan RM15.86 bilion dalam Belanjawan 2021, iaitu RM11.355 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM4.5 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan.

Manakala KDN diperuntukkan RM16.85 bilion bagi Belanjawan 2021.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles