- Iklan -
Berita

1,371 kes baru Covid-19, 532 di Selangor

1,204 pesakit pulih dan empat kematian dilaporkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang jurujual memakai pelitup muka, berdiri menanti pelanggan, di pusat beli-belah NU Sentral, Kuala Lumpur.
Seorang jurujual memakai pelitup muka, berdiri menanti pelanggan, di pusat beli-belah NU Sentral, Kuala Lumpur.

Sebanyak 1,371 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk satu jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 84,846 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 1,204 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 70,597 kes atau 83.2%.

“Selangor masih melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 532 kes, diikuti Sabah 283 kes dan Negeri Sembilan 260 kes,” katanya dalam sidang media harian.

Noor Hisham berkata, kes aktif kini berjumlah 13,830 dengan 114 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 62 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat empat lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 419 orang,” katanya.