Saturday, February 27, 2021

PM lancar program komuniti rendah karbon di Muar

Selain itu, perdana menteri juga melihat penggunaan biogas yang terhasil daripada sampah hasil aktiviti rendah karbon komuniti berkenaan.

Other News

Kes baru Covid-19 kekal lebih 2,000, 10 lagi kematian direkodkan

3,320 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 270,166 kes.

New cases stay above 2,000 as 10 more deaths reported

190 in the ICU, 99 in need of respiratory assistance.

Hamid Bador jelaskan mengenai kompuan RM10,000

Katanya ramai yang salah faham dan bimbang dengan jumlah kompaun sehingga RM10,000.

RM10,000 fine not for all SOP offences, top cop explains

Abdul Hamid Bador says the RM10,000 compound will not be issued for offences such as failure to wear face masks.

Radzi, 4 guru terima suntikan vaksin Covid-19

Radzi menyeru rakyat Malaysia termasuk lebih 500,000 guru di seluruh negara untuk segera mendaftarkan diri.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Program Komuniti Rendah Karbon di Kampung Sengkang Batu 22, Bukit Gambir, di Muar.

Muhyiddin yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Gambir tiba di kampung berkenaan kira-kira 9 pagi, diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohd Solihan Badri serta Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor Dr Chong Fat Full.

Beliau kemudian mendengar taklimat mengenai aktiviti pengolahan baja kompos oleh seorang pengusaha ternakan kambing di situ, Norazman Alias dan Pengerusi Program Komuniti Rendah Karbon Sengkang Raja Mohd Aidil Raja Sulaiman.

Muhyiddin turut mencuba sendiri mesin yang digunakan untuk mengisar najis ternakan yang kemudian dikeringkan selama dua minggu bagi proses seterusnya dalam pembuatan baja kompos.

Selain itu, perdana menteri juga melihat penggunaan biogas yang terhasil daripada sampah hasil aktiviti rendah karbon komuniti berkenaan.

Sementara itu, Raja Mohd Aidil berkata program komuniti rendah karbon yang bermula pada 2018 tersebut memperkenalkan beberapa aktiviti berkaitan rendah karbon kepada komuniti di kampung berkenaan.

Beliau berkata pada mulanya sukar memberi kefahaman kepada masyarakat luar bandar mengenai aktiviti rendah karbon yang merupakan perkara asing kepada mereka berbanding masyarakat bandar.

“Lama-kelamaan bila dah biasa, mereka boleh menerima dan turut mengamalkan aktiviti rendah karbon,” katanya ketika ditemui pemberita.

Antara aktiviti rendah karbon yang dijalankan ialah pembelian sampah daripada penduduk kampung, pemprosesan baja kompos dan baja penggalak.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Art Harun terkejut dengan sikap rakan-rakan selepas dilantik speaker

Bekas peguam itu menceritakan hal peribadinya termasuk bagaimana proses pelantikannya sebagai speaker Dewan Rakyat dijadikan isu peribadi.

See the good from Sheraton Move, PH supporters told

Political scientist Wong Chin Huat says even an event like the Sheraton Move, which saw the collapse of the PH government, may have 'positive unintended consequences'.

Muhyiddin, Noor Hisham among first to receive Covid-19 jab

This marks the launch of the National Covid-19 Immunisation Programme, under which about 80% of the population has been targeted with the goal of achieving herd immunity.

Muhyiddin to receive first Pfizer jab today

Also scheduled to receive the vaccine today are health director-general Dr Noor Hisham Abdullah and four other staff from the health ministry.

Muhyiddin ucap selamat maju jaya kepada calon SPM

Seramai 401,105 pelajar seluruh negara akan menduduki SPM 2020 dalam suasana pembudayaan norma baru.