Sunday, February 28, 2021

SPRM reman 5 individu termasuk timbalan ketua pengarah jabatan kerajaan

Turut direman adalah tiga pengarah syarikat perkapalan termasuk seorang yang bergelar "Datuk Seri".

Other News

Myanmar forces disperse rallies with 3 reported dead in anti-coup crackdown

Three men were killed and at least 20 others injured when security forces moved on a rally in the southern coastal hub of Dawei, according to a volunteer medic and local media reports.

Things to know about income tax in Malaysia

A look at the scope of taxation and some important reminders as income tax season begins.

2 ahli Parlimen PKR keluar parti, ikrar sokong Muhyiddin

Keputusan ini mengakhiri spekulasi berhubung kekecewaan mereka dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

2 PKR MPs quit, declare support for Muhyiddin in blow to party

The decision ends weeks of speculation about their frustration with PKR chief Anwar Ibrahim.

Pelan pemerkasaan Rukun Tetangga dilancarkan

Empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera.

Lima individu termasuk seorang timbalan ketua pengarah bergelar “Datuk” dan setiausaha bahagian sebuah jabatan kerajaan direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan skandal rasuah minyak gred berat di perairan negara.

Turut direman adalah tiga pengarah syarikat perkapalan termasuk seorang yang bergelar “Datuk Seri”.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman bermula hari ini hingga 15 Disember itu selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di Putrajaya hari ini.

Menurut sumber SPRM, kelima-lima individu berusia antara 35 dan 54 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, malam tadi.

Berdasarkan siasatan, kedua-dua pegawai kanan kerajaan itu dipercayai menyalahguna kedudukan dan kuasa mereka untuk mengeluarkan surat pengecualian kepada syarikat tertentu tanpa pengetahuan dan kelulusan menteri pengangkutan.

Perbuatan itu juga dilakukan tanpa pengetahuan ketua pengarah jabatan berkenaan yang sebelum ini mengeluarkan surat arahan larangan penggunaan Single Hull, Double Bottom (struktur kapal) dalam mengangkut minyak gred berat di perairan Malaysia, kata sumber itu.

Kes disiasat dibawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Perbicaraan kes rasuah RM6.35 juta bekas SU politik Mat Sabu pada 15 Mac

Azhar berdepan dengan lima pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM6.35 juta daripada sebuah syarikat kontraktor.

Bicara kes pengubahan wang haram Rosmah bermula November

Peguam Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

SPRM siasat bekas menteri PH, Xavier berhubung dakwaan rasuah

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.

Tuduhan rasuah terhadap saya sengaja direka, kata Zahid Hamidi

Presiden Umno itu mencabar sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan tersebut.

Sebutan semula kes rasuah Guan Eng, isteri 28 Mei ini

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan tarikh itu bagi membolehkan peguam Guan Eng dan isteri meneliti dokumen setebal lebih 1,000 muka surat.