Friday, June 18, 2021

Kerajaan pertimbang kurangkan tempoh kuarantin Covid-19 kepada 10 hari

Garis panduan dikeluarkan WHO, tempoh tujuh hari sudah mencukupi untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu dijangkiti virus Covid-19. 

Other News

Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang meneliti semula tempoh kuarantin wajib bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 daripada 14 hari kepada 10 hari, kata sumber kepada MalaysiaNow.

Sumber dari Putrajaya itu berkata, ini kerana berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tempoh tujuh hari sudah memadai untuk memantau jika seseorang itu mempunyai gejala Covid-19 atau tidak.

“Sebelum sebarang pengumuman dibuat, kajian dengan terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Biar KKM dan MKN buat kerja mereka untuk meneliti daripada semua aspek,” kata sumber dengan syarat tidak dinamakan.

“Tengoklah dalam masa terdekat tempoh kuarantin yang baru ini akan diumumkan dengan mengambil kira kepada jumlah kes harian positif Covid-19 sama ada turun atau terus mencatatkan peningkatan.”

Berdasarkan garis panduan dikeluarkan WHO, tempoh tujuh hari sudah mencukupi untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu dijangkiti virus Covid-19.

Sumber yang terlibat dengan pemantauan harian kes Covid-19 itu berkata, antara pendekatan yang sedang dipertimbangkan Putrajaya ialah mewajibkan sesiapa sahaja yang ingin ke Malaysia untuk melakukan ujian swab tiga hari sebelum perjalanan.

“Kemudian bila tiba di Malaysia hanya perlu menjalani kuarantin kendiri untuk tujuh hari lagi,” katanya.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), laman sesawang yang dikendalikan pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat, kuarantin boleh berakhir selepas hari ke 10 tanpa ujian jika seseorang itu tidak menunjukkan sebarang gejala semasa pemantauan harian yang dilakukan ke atas dirinya.

Menurut laman sesawang itu, ujian swab boleh dilakukan pada hari ketujuh dan ujian itu sah jika seseorang itu tidak menunjukkan sebarang gejala dan tidak boleh dilakukan kurang daripada tujuh hari.

“Kemudian bila tiba di Malaysia hanya perlu menjalani kuarantin kendiri untuk tujuh hari lagi,” katanya.

Negara jiran kita Singapura sudah mengurangkan tempoh kuarantin dari 14 hari ke tujuh hari bermula 22 Ogos lalu.

Menteri Kesihatan Singapura Gan Kim Yong ketika mengumumkan perkara itu berkata, walaupun tempoh kuarantin dikurangkan, individu terbabit masih perlu mematuhi penjarakan sosial bagi melindungi diri sendiri dan orang lain.

Bagaimanapun, republik itu hanya mengurangkan tempoh kuarantin untuk pengembara dari negara berisiko rendah seperti Malaysia, Macau, China, Vietnam, Taiwan dan Australia (kecuali Victoria).

Namun, pada November lalu tempoh kurantin kendiri selama 14 hari dilaksanakan kembali kepada pengembara dari Malaysia berikutan lonjakan kes.

Bulan lepas, United Kingdom mengumumkan mengurangkan tempoh kuarantin bermula pertengahan Disember ini bagi ketibaan antarabangsa sekiranya pelawat disahkan negatif Covid-19 pada hari kelima selepas ketibaan.

Seperti Malaysia, tempoh kuarantin di United Kingdom kini adalah selama 14 hari.

Peraturan baru itu diharapkan akan merangsang semula industri pelancongan United Kingdom yang terjejas teruk terutamanya bagi  sektor penerbangan disebabkan sekatan perjalanan sepanjang pandemik Covid-19.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles