Saturday, March 6, 2021

Laporan audit: Lebih RM14 juta wang zakat tidak digunakan

Wang zakat tahun lalu bagi asnaf fisabilillah tidak digunakan bagi tujuan sepatutnya.

Other News

Zahid keluar RM17.9 juta wang yayasan Akalbudi, kata pegawai SPRM

Pegawai SPRM berkata bahawa daripada jumlah itu, RM8.6 juta digunakan untuk membayar deposit saham kepada Ri-Yaz Assets Sdn Bhd.

Former DAP reps now members, Bersatu confirms

Paul Yong is a member in Batu Gajah while A Sivasubramaniam is a member in Ipoh Barat.

Kes baru Covid-19 catat angka 2,154

6 kematian akibat Covid-19 dicatat hari ini.

New cases continue to hover above 2,000

2,154 new cases, 3,275 recoveries.

Dua bekas Adun DAP sertai Bersatu di Perak

Kedua-dua mereka merupakan ahli DAP sebelum keluar parti pada Mac tahun lalu.

Sebanyak RM14.73 juta wang zakat tahun lalu bagi asnaf fisabilillah tidak digunakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Wilayah (MAIWP) bagi tujuan sepatutnya dan yang memerlukan mengikut keutamaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 3 memaklumkan bayaran agihan itu disalurkan kepada agensi kebajikan dan ia tidak mengikut maksud asnaf fisabilillah yang sepatutnya.

“Semakan mendapati perkara itu berlaku disebabkan pentakrifan asnaf fisabilillah terlalu umum dan tidak diperincikan mengikut jenis perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan wang zakat.

“Selain itu, tiada fatwa khusus ditetapkan bagi jenis perbelanjaan dan syarat projek pembangunan yang harus dibuat menggunakan wang zakat,” menurut laporan itu yang dikeluarkan hari ini.

Dapatan itu diperoleh hasil pengauditan yang dilakukan pada pembayaran bawah Kumpulan Wang Zakat yang meliputi transaksi Januari hingga Disember 2019 serta tahun sebelumnya selain semakan terhadap 170 baucar bayaran yang menggunakan wang zakat RM206.9 juta.

Selain itu, antara kelemahan yang turut ditemukan termasuk projek pembangunan yang telah dibuat bayaran perkhidmatan perunding sejumlah RM4.72 juta pada 2013 hingga 2017 menggunakan wang zakat, telah ditangguh sehingga tahun ini.

Sehubungan itu, pihak Audit mengesyorkan supaya skim bantuan yang diberikan kepada asnaf fisabilillah hendaklah mengikut keutamaan dan takrifan sebenarnya serta diperincikan mengikut jenis perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan wang zakat.

Selain itu, fatwa khusus juga perlu ditetapkan bagi jenis perbelanjaan dan syarat projek pembangunan yang boleh dibuat menggunakan wang zakat secara ‘case by case’ bagi memastikan tiada pembaziran dan sebarang kerugian dan pengurangan kepada wang zakat.

Laporan itu mengesyorkan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemantauan terhadap status projek secara berkala dikuatkuasakan terutamanya melibatkan kepentingan agensi mengemukakan laporan pelaksana, perbelanjaan program dan aktiviti.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Modern amenities and Islam

Aswaja president Zamihan Mat Zin should learn the difference between being innovative and being pedantic.

MAIWP salur RM623.66 juta zakat, kata menteri

Ia disalurkan kepada golongan memerlukan sejak Januari hingga November tahun ini.

Poser over RM14 million zakat money spent by FT Islamic council

The latest Auditor-General's Report says the money was given to welfare agencies, and not to those involved in the propagation of Islam.