- Iklan -
Berita

Belanjawan 2021 Kementerian Sumber Manusia pula diluluskan

Kementerian Sumber Manusia diperuntukkan RM1.28 bilion dalam Belanjawan 2021.

Fazreen Kamal
1 minit bacaan
Kongsi
Dewan Rakyat meluluskan RUU Perbekalan bagi Kementerian Sumber Manusia dengan undian suara. Gambar: Bernama
Dewan Rakyat meluluskan RUU Perbekalan bagi Kementerian Sumber Manusia dengan undian suara. Gambar: Bernama

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Manusia tidak berdepan sebarang masalah untuk diluluskan di Dewan Rakyat.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata, RUU itu dipersetujui dengan undi suara majoriti.

RUU itu juga diluluskan dengan mudah tanpa melalui undi belah bahagi selepas 10 wakil rakyat mengambil bahagian membahas pada peringkat jawatankuasa.

Kementerian Sumber Manusia diperuntukkan RM1.28 bilion dalam Belanjawan 2021 iaitu RM823 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM464 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

Sesi penggulungan RUU tersebut dibuat Menteri Sumber Manusia M Saravanan sekali gus menyaksikan kementerian ke-21 diluluskan perbelanjan di Dewan Rakyat disebalik tindakan pembangkang mempersoalkan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.