Sunday, March 7, 2021

Akses sejagat untuk vaksin mampu milik adalah penting, kata Hishammuddin

Kerjasama di peringkat antarabangsa amat mustahak ketika ini untuk memastikan koordinasi yang efektif.

Other News

Ahli Parlimen Tebrau nafi dakwaan PH berhubung tekanan dari LHDN dan SPRM

Steven Choong berkata tuduhan pemimpin Pakatan Harapan adalah tidak berasas.

Tebrau MP denies PH claim of pressure from tax and anti-graft agencies

LHDN and MACC also deny being used to pressure opposition politicians and their family members.

PDRM nafi dijadikan ‘senjata politik’ sekat demokrasi

SPRM turut senada dengan PDRM nafi dakwaan agensinya dijadikan alat politik.

Aktiviti sukan individu, berpasukan dibenarkan di kawasan PKPB, PKPP

Kebenaran itu tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa dan kebenaran pihak berkuasa berkaitan.

Malaysia catat 1,680 kes baru Covid-19 hari ini

Kes baru masih menunjukkan trend penurunan dengan catatan angka di bawah 2,000 kes.

Pemvaksinan adalah hak asasi manusia yang harus dihormati, dilindungi dan dipenuhi, kata Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein.

Justeru, katanya akses sejagat kepada vaksin yang mampu dimiliki, mudah diperoleh dan mencukupi untuk semua adalah penting.

Beliau berkata, kerjasama di peringkat antarabangsa amat mustahak ketika ini untuk memastikan koordinasi yang efektif dan tindak susulan terhadap usaha dan sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam mempromosi dan memastikan akses global terhadap ubat-ubatan, vaksin dan peralatan perubatan bagi mengekang penularan Covid-19.

Menurutnya, atas semangat itulah Malaysia menyertai pelan kemudahan vaksin Covid-19, iaitu Vaccine Global Access (Covax) dan bekerjasama dengan negara-negara di seluruh dunia untuk memastikan bahawa vaksin harus dijadikan sebagai barangan awam global.

“Dunia sedang menunggu dengan penuh sabar mengenai perkembangan vaksin yang selamat dan berkesan untuk mencegah Covid-19 dan beberapa negara juga memulakan rancangan di peringkat nasional dalam menghasilkan (vaksin) sendiri atau mengambil bahagian dalam Fasa Tiga Ujian Klinikal.

“Meskipun ini adalah sesuatu perkembangan yang positif, namun risikonya mungkin akan menyebabkan belakunya persaingan global yang akan meningkatkan harga vaksin dan rawatan perubatan lain yang sekali gus akan mempengaruhi usaha kita ke arah keimunan global,” katanya dalam ucapan perasmian pada Forum Secara Maya Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa 2020, bersempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia, hari ini.

Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia mengenal pasti kesan ekonomi akibat pandemik Covid-19, didapati menjejaskan lebih ramai wanita berbanding lelaki maka polisi responsif gender di bawah pakej rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dilaksanakan, termasuk bantuan tunai untuk ibu tunggal, subsidi penjagaan anak dan urusan kerja yang fleksibel.

“Kami juga memberi fokus untuk menangani peningkatan kes-kes jenayah kekerasan terhadap gender semasa pandemik dan mengambil langkah-langkah untuk melindungi dan menjaga golongan wanita dengan mengadakan talian bantuan, advokasi secara dalam talian, tempat perlindungan dan memberikan khidmat kaunseling.

“Kebajikan golongan migran, pelarian dan orang-orang tanpa kewarganegaraan yang ada di Malaysia juga tidak dilupakan serta diberi layanan sama rata dengan kemudahan kepada akses pemeriksaan kesihatan percuma dan rawatan perubatan berkaitan Covid-19 yang disediakan untuk semua warga negara asing, tanpa mengira status imigresen mereka,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia tetap komited untuk melaksanakan cadangan yang diterima semasa Semakan Berkala Sejagat ke-3 (UPR) pada November 2018, dan untuk tujuan ini, perundingan dwitahunan dengan pelbagai pihak, yang melibatkan semua agensi, akademik dan masyarakat sivil, telah beinstitusi.

“Daripada rundingan ini, kita menyedari bahawa perlunya untuk meningkatkan mekanisme pemantauan dan telah setuju untuk menggunakan Pangkalan Data Penjejakan Cadangan Nasional (NRTD) yang dikembangkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia (OHCHR), kerana akan memudahkan pemantauan dan koordinasi antara agensi.

“Perlu dimaklumkan bahawa Malaysia dipilih oleh OHCHR pada tahun ini, sebagai antara enam negara yang dijadikan model dalam ‘Kajian Mengenai Amalan Baik dari UPR’ dan melalui kajian ini, OHCHR akan menghasilkan laporan umum mengenai amalan baik melalui UPR yang akan dijadikan sebagai bahan rujukan bagi negara-negara di UPR untuk masa depan, ” katanya.

Hishammuddin berkata, sehubungan itu, Malaysia akan mengemukakan pencalonannya kepada Majlis Hak Asasi Manusia untuk penggal 2022-2024.

“Majlis Hak Asasi Manusia mewujudkan semangat multilateralisme (pelbagai hala), yang akan terus disokong oleh Malaysia dan sebagai anggota HRC, Malaysia akan bekerjasama erat dengan semua anggota untuk mencapai kemajuan dalam isu hak asasi manusia sama ada di peringkat nasional mahupun global,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Residen PBB untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, Stefan Priesner memuji perkembangan Malaysia baru-baru ini mengenai sistem yang berkesan untuk memantau pelaksanaan cadangan UPR.

“Saya ingin memaklumkan, komitmen Malaysia terhadap isu hak asasi manusia …PBB berbangga untuk bekerjasama dengan negara anda yang indah ini, sejak sebelum kemerdekaan lagi dan kami dengan berbesar hati untuk menyokong Malaysia dalam pelbagai usaha berkaitan hak asasi manusia.

“Kami juga mengiktiraf peranan penting Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dalam promosi dan melindungan hak asasi manusia dan kami bersedia untuk menyokong kerajaan dan rakan lain pada masa kini dan masa depan …dan berharap dapat memperkukuhkan lagi kerjasama dengan menandatangani Rangka Kerja Kerjasama Pembangunan Mampan PBB, secepat mungkin, ” tambahnya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Laman web daftar vaksin Covid-19 kini boleh diakses

Laman web ini adalah kali pertama pendaftaran dalam talian dibuka di luar aplikasi MySejahtera.

Jemaah teruja ‘Abah’ hadir di Masjid Negeri Perlis

Perdana menteri dijadualkan melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Kampung Gial, Kangar hari ini.

Shopee nafi jual vaksin Pfizer

Wujud individu tidak bertanggungjawab mendakwa Shopee menawarkan vaksin Covid-19, Pfizer pada harga RM63.88

Vaksin cukup untuk setiap individu dewasa di AS

Presiden AS Joe Biden jamin rakyat negara itu mendapat vaksin Covid-19.

MMA gesa kerajaan senaraikan sektor kesihatan swasta untuk vaksinasi fasa 1

Mereka adalah golongan pertama yang terdedah dengan pesakit Covid-19.