- Iklan -
Berita

2,234 kes baru Covid-19, 1,428 di Selangor

Sebanyak 1,112 pulih, 3 lagi kematian direkodkan

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa pengunjung dilihat memakai pelitup muka ketika melalui Jalan Tengah di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Beberapa pengunjung dilihat memakai pelitup muka ketika melalui Jalan Tengah di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Sebanyak 1,112 pesakit dilaporkan sembuh sepenuhnya menjadikan angka keseluruhan mereka yang pulih berjumlah 66,236 kes atau 84.4%.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 2,234 kes baru jangkitan Covid-19 termasuk lima jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 78,499.

Katanya Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,428 kes atau 63.9%.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,321 atau 93.2% hasil daripada saringan kontak rapat dan kluster-kluster.

“Kebanyakan kes-kes positif di Selangor melibatkan kluster-kluster berkaitan tempat kerja terutamanya Kluster Seruling (842 kes) dan Kluster Hentian (315 kes),” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya sebanyak 11,867 kes aktif sedang menerima rawatan di hospital, 124 pesakit di tempat di Unit Rawatan Rapi termasuk 60 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat tiga lagi kes kematian turut dilaporkan menjadikan jumlah mangsa yang maut seramai 396 orang,” katanya.