Wednesday, September 29, 2021

SPRM buat laporan polis dituduh ugut tahanan kes ‘Macau Scam’

Individu itu mendakwa diugut untuk menyerahkan tiga buah kenderaan miliknya dan wang tunai sebanyak RM20 juta.

Other News

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat satu laporan polis terhadap seorang individu yang mendakwa diugut pegawai agensi itu semasa dalam siasatan kes “Macau Scam” baru-baru ini dalam satu mesej yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp.

SPRM berkata, tuduhan itu bertujuan untuk mencemarkan nama baik mereka dan menggesa polis untuk menjalankan siasatan berhubung laporan palsu itu.

“SPRM tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya dakwaan tersebut benar dilakukan oleh pegawai SPRM namun sekiranya laporan tersebut palsu maka individu tersebut perlu dibawa ke muka pengadilan,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini tular satu laporan polis daripada seorang individu yang mendakwa diugut pegawai SPRM semasa berada dalam tahanan kerana disiasat dalam kes Macau Scam.

Individu itu mendakwa dirinya ditahan reman pada 1 hingga 2 Oktober lalu, dan diugut ketika hari kedua semasa dalam tahanan reman SPRM, sebelum dibebaskan empat hari kemudian pada 6 Oktober.

Selepas dua bulan dibebaskan, individu itu bertindak membuat laporan polis mendakwa dirinya diugut oleh badan penguat kuasa itu.

Dia mendakwa diugut untuk menyerahkan tiga buah kenderaan miliknya dan wang tunai sebanyak RM20 juta.

“Pengadu dibawa ke pejabat SPRM Putrajaya untuk soal siasat berkaitan kes macau scam dan perhubungan pengadu dengan individu bernama Addy Kanna.

“Semasa soal siasat pegawai SPRM mengugut untuk menahan reman ibu pengadu sekiranya pengadu tidak mahu mengaku terbabit dengan macau scam dan individu bernama Addy Kanna,” tulis individu tersebut dalam laporan polis yang ditularkan itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles