Wednesday, March 3, 2021

Adun DAP dedah keputusan bekerjasama dengan Umno dibuat tanpa perbincangan

Kali terakhir mesyuarat diadakan adalah sebelum persidangan DUN pada Jumaat lepas bersama parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain.

Other News

Churchill mosque painting sold by Angelina Jolie smashes record

The painting of a Marrakech mosque at sunset is a piece of both political and Hollywood history.

Over half of Malaysians struggling to meet expenses with current income, survey shows

A similar number say they are dipping into their savings to make ends meet.

1,555 kes baru Covid-19 dikesan hari ini

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 25,542.

Hospital swasta sedia peroleh vaksin dari sumber lain

Hospital swasta boleh digerakkan untuk melengkapkan usaha kerajaan dalam memastikan majoriti penduduk mendapat vaksin.

New cases inch lower to 1,555

2,528 recoveries, six more deaths.

Keputusan DAP untuk bekerjasama dengan Umno di Perak dibuat tanpa perbincangan dengan kesemua 16 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti berkenaan terlebih dahulu, dakwa Adun DAP Pasir Bedamar Terence Naidu.

Terence berkata selepas Ahmad Faizal Azumu hilang keyakinan majoriti Adun sebagai menteri besar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lepas, beliau tidak sekali pun dipanggil menghadiri mesyuarat parti.

“Saya tak boleh bercakap bagi pihak lain (Adun DAP lain), saya cuma nak nyatakan, setakat ini, saya sebagai ahli jawatankuasa DAP Perak tidak dimaklumkan apa-apa perbincangan, dan apa-apa mesyuarat kepada saya sendiri,” katanya kepada Bernama.

Menurut Terence, kali terakhir mesyuarat diadakan adalah sebelum persidangan DUN pada Jumaat lepas bersama parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain.

Semalam, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata parti itu memutuskan untuk bekerjasama dengan Umno bagi membentuk sebuah kerajaan berbilang kaum yang bersih, kukuh dan stabil.

Ditanya tindakan yang akan diambilnya sekiranya kerjasama berkenaan benar-benar terjadi, Terence berkata beliau akan mengambil pendirian tunggu dan lihat terlebih dahulu.

Terdahulu dalam satu kenyataan kepada media, beliau berkata sekiranya “bekerjasama” bermakna menyokong belanjawan yang memanfaatkan rakyat di kala pandemik Covid-19, sudah pasti sebagai Adun bertanggungjawab beliau sedia bersetuju.

“Tetapi bukan jenis kerjasama membabi buta, yang akan menyokong mana-mana salah guna kuasa dan korupsi,” katanya.

Selain Terence, seorang lagi Adun DAP turut menyuarakan pendapat sama sebelum ini.

Adun Pokok Assam Leow Thye Yih dilapor menolak kerjasama dengan Umno dan tidak akan menyokong mana-mana calon menteri besar daripada parti berkenaan.

Leow membuat pendirian itu dengan alasan tindakan Umno “merampas” kerajaan Pusat daripada PH selain kerajaan Perak dan beberapa kerajaan negeri ditadbir PH sebelum ini, jelas menderhakai mandat diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

DUN Perak mempunyai 59 Adun dengan Umno mempunyai kerusi terbanyak sebanyak 25, diikuti DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan PAS (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.

Sehingga kini, tarikh Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar baru belum dapat ditentukan selepas sehingga petang semalam masih tiada mana-mana pihak yang berjaya meyakinkan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bahawa mereka mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Ketika GPS berada di puncak, tiada tanda-tanda pembangkang akan bergabung

Pembangkang masih dilihat gagal mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi yang ingin ditandingi pada pilihan raya akan datang.

Ahli Parlimen PH dalam jawatankuasa khas darurat tetap mahukan sidang Parlimen

Mereka berkata sidang Dewan Rakyat sangat penting untuk memastikan segala agenda dan langkah-langkah untuk membendung Covid-19 dapat dibahaskan.

DAP, PKR derma RM80,000 kepada Malaysiakini

Portal Malaysiakini didenda RM500,000 oleh Mahkamah Persekutuan hari ini selepas didapati bersalah kerana menghina mahkamah.

PKR, DAP fork out RM80,000 donation to Malaysiakini

The news portal says it has succeeded in collecting RM505,000, with details on its plans for the extra funds to be issued later.

Lebih baik DAP kembalikan sistem Residen seperti zaman penjajah British-Malaya

Rakyat tahu, DAP ini jenis yang rasa hanya kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terbaik dan kerajaan lain adalah buruk, busuk dan teruk sahaja.