- Iklan -
Berita

Mampukah bank laksana satu lagi moratorium menyeluruh?

Apabila keuntungan bank terjejas, keupayaan memberi pinjaman berkurangan.

MalaysiaNow
3 minit bacaan
Kongsi
Public Bank, buat pertama kalinya mengisytihar tiada pembayaran dividen interim.
Public Bank, buat pertama kalinya mengisytihar tiada pembayaran dividen interim.

Persoalan timbul mengenai kemampuan pihak bank menangguhkan kutipan bayaran pinjaman bernilai berbilion ringgit ketika krisis Covid-19 kini menjadi perdebatan.

Ini berlaku selepas terdapat gesaan untuk pihak bank melanjutkan tempoh moratorium pinjaman menyeluruh ketika keadaan ekonomi masih belum pulih akibat pandemik Covid-19.

Salah satu naratif adalah dengan meminta pihak bank supaya menghulurkan tangan kepada rakyat selepas berdekad-dekad mencatatkan keuntungan.

Penyokong pandangan ini mengatakan pengangguhan selama enam bulan berakhir pada Oktober lalu langsung tidak menjejaskan pihak bank, memetik laporan keuntungan sebelum cukai beberapa institusi kewangan utama.

Tetapi beberapa laporan daripada firma penganalisis dan penyelidikan menunjukkan moratorium pinjaman dan kerugian berkaitan menjejaskan keuntungan pihak bank.

Keadaan itu diburukkan dengan pengurangan kadar faedah dan keupayaan pinjaman yang lemah ketika persekitaran perniagaan yang mencabar menghadkan pendapatan mereka.

Gabenor Bank Negara Nor Shamsiah Yunus mengatakan pelaksanaan semula moratorium menyeluruh bukanlah satu pelaksanaan yang baik kepada ekonomi negara, manakala Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengatakan kerugian ditanggung pihak bank dianggarkan kira-kira RM79 bilion selepas tempoh enam bulan moratorium.

Maybank, perbankan komersial terbesar di Malaysia, dianggar mengalami kerugian pengubahsuaian hari pertama bernilai kira-kira RM1 bilion dalam tempoh pandemik.

Kerugian pengubahsuaian hari pertama merupakan kos sekali beri yang ditanggung apabila pihak bank memilih kaedah khusus berbanding dengan apa yang patut diperolehi daripada memilih cara alternatif.

Sementara itu, Public Bank, buat pertama kalinya mengisytiharkan tiada pembayaran dividen interim untuk suku kedua berakhir pada 30 Jun berbanding 33 sen sesaham pada tempoh sama tahun lepas.

Keuntungan merupakan asas bagi memastikan sistem kewangan kekal berdaya saing dan mampu menyokong perantaraan kredit yang efektif dalam ekonomi.

Keuntungan yang stabil mampu menyokong pengumpulan penampan modal, yang membolehkan pihak bank secara berterusan menyediakan perkhidmatan kewangan walaupun ketika tempoh sukar, tindakan yang mampu mengurangkan impak kesan buruk pembangunan dalam ekonomi sebenar.

Manakala keuntungan yang rendah mampu mempengaruhi kesungguhan bank dan kemampuan bagi memberi pinjaman, yang boleh mengekang ketersediaan pembiayaan kepada ekonomi.

Keuntungan merupakan asas bagi memastikan sistem kewangan kekal berdaya saing dan mampu menyokong perantaraan kredit yang efektif dalam ekonomi.

Bagaimana bank jana pendapatan

Terdapat tiga cara utama bank menjana pendapatan.

1. Margin faedah bersih

Kebiasaan pihak bank akan menggunakan deposit untuk memberikan pinjaman kepada pelanggan. Pinjaman ini dikenakan kadar faedah yang perlu dibayar oleh pendeposit. Perbezaan ini, yang turut dikenali sebagai margin akan disimpan oleh pihak bank.

Sebagai contoh, jika pihak bank membayar kadar faedah 1% untuk deposit, ia mungkin mengenakan kadar faedah 4% untuk pinjaman.

Pihak bank juga memberi pinjaman sesama sendiri dalam jumlah besar, kebanyakan untuk tempoh jangka pendek tidak lebih dari tiga bulan atau hanya semalaman.

Wang yang diperoleh daripada pinjaman ini merupakan hasil buat bank. Sebahagiannya akan dikembalikan kepada pelanggan dalam bentuk faedah berbentuk cek dan akaun simpanan. Wang yang disimpan oleh pihak bank itu merupakan margin faedah bersih.

2. Saling Tukar

Setiap kali anda menggunakan kad kredit atau debit untuk membuat pembelian, sama ada di kedai fizikal atau dalam talian, peniagaan itu perlu membayar apa yang disebut sebagai bayaran saling tukar.

Ia menampung kos pengedalian melibatkan transaksi kad kredit dan debit.

3. Yuran

Pihak bank mengenakan pelbagai jenis yuran kepada pelanggan – dan penalti – seperti caj perkhidmatan bulanan, had deposit minimum, caj ATM, caj overdraf dan caj transaksi luar negara.

Bank pelaburan memperoleh bayaran lumayan di atas khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat dan institusi awam dalam menerbitkan bon dan saham (sekuriti), dan daripada penajajaminan semua perkara itu.

Pihak bank juga jana pendapatan menerusi dagangan sekuriti dalam pasaran ekuiti. Sasaran mereka adalah menjual dagangan sekuriti itu pada paras keuntungan atau membelinya pada harga lebih rendah daripada mereka jual.

Pihak bank turut terlibat dalam urusan jual beli mata wang asing, mengambil kesempatan daripada perbezaan harga.

Bank dan ledakan digital

Mungkin satu-satunya pemenang dalam tempoh ekonomi pandemik ini adalah digitalisasi, satu strategi yang mampu mengekalkan daya saing perniagaan dan juga masyarakat.

Kaji selidik global terkini oleh Standard Chartered menunjukkan peningkatan pengunaan tanpa tunai dan kesedaran pengguna kerana Covid-19.

Sebelum pandemik melanda, hanya 30% rakyat Malaysia mengatakan mereka memilih untuk membeli-belah dalam talian berbanding 70% lebih gemar secara sendiri.

Keadaan itu berubah apabila lebih 51% mengatakan mereka lebih gemar menggunakan pembayaran dalam talian berbanding pembayaran di kaunter.

Bank memperoleh faedah daripada digitalisasi apabila berlaku peningkatan dalam pembayaran dalam talian menerusi pelbagai urus niaga, daripada barang keperluan harian, melancong hingga ke peranti digital.

Menurut kaji selidik itu, 79% rakyat Malaysia menjangkakan negara bakal beralih sepenuhnya kepada transaksi tanpa tunai, dengan majoriti menjangkakan ia bakal direalisasi menjelang 2030.

Dalam pelbagai cara, Covid-19 menjadi pemangkin kepada perubahan dalam industri kewangan, membuka peluang kepada pihak bank untuk berani melakukan perubahan segera dan seterusnya membuktikan ketahanan dan keteguhan sektor ini.