Thursday, June 17, 2021

16-0: Undi kementerian wanita lulus dengan undian suara

Peruntukan diluluskan dengan undian suara.

Other News

Undi peringkat jawatankuasa Belanjawan 2021 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diluluskan secara undian suara di Dewan Rakyat hari ini.

Sejumlah RM1.14 bilion diperuntukkan kepada kementerian itu diluluskan selepas tiada pihak yang memohon undi belah bahagi diadakan.

Ini menyaksikan Perikatan Nasional (PN) mendahului dalam pembentangan semua 16 kementerian di peringkat jawatankuasa meskipun sebelum ini dikhabarkan pembangkang Pakatan Harapan (PH) akan menguji semua kementerian dalam usaha untuk menggagalkannya.

Terdahulu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya lulus dengan undi belah bahagi di peringkat jawatankuasa dengan 109 setuju, 96 tidak setuju dan 15 tidak hadir.

Ia merupakan kementerian keenam yang diundi belah bahagi sebelum diluluskan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles