Sunday, May 9, 2021

15-0 selepas belanjawan kementerian pelancongan lulus undi belah bahagi

109 bersetuju, 96 tidak setuju dan 15 tidak hadir dalam undi belah bahagi.

Other News

Sebanyak RM1.14 bilion diperuntukkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya peringkat jawatankuasa dalam Belanjawan 2021 lulus dengan 109 setuju, 96 tidak setuju dan 15 tidak hadir dalam undi belah bahagi di Dewan Rakyat hari ini.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun mengumumkannya dan sekali gus menyaksikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih lagi mendahului dalam pembentangan semua 15 kementerian Belanjawan 2021 meskipun sebelum ini dikhabarkan blok pembangkang akan menguji semua kementerian dalam usaha mereka menggagalkannya.

Ini merupakan kementerian keenam yang diuji dengan undi belah bahagi.

Menterinya, Nancy Shukri ketika menggulung berkata, kerajaan amat serius dalam usahanya membantu pemain industri pelancongan negara yang terjejas teruk akibat Covid-19, untuk kelangsungan industri berkenaan.

Menurutnya, ini terbukti melalui peruntukan untuk Pelan Pemulihan Pelancongan berjumlah RM200 juta dalam Belanjawan 2021, bagi membantu pemain industri pelancongan di negara ini yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz baru-baru ini.

Di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan itu katanya, kementerian akan melaksanakan beberapa inisiatif seperti diskaun destinasi pelancongan, diskaun pakej percutian keluarga, penyemarakan seni dan budaya, baucar penginapan dan kempen “Meet in Malaysia”.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles