Friday, June 11, 2021

Kerajaan lanjutkan setahun lagi kenderaan e-hailing capai usia 10 tahun, kata menteri

Ringankan bantuan pemandu e-hailing dengan lanjutkan usia penggunaan kenderaan setahun lagi.

Other News

Kerajaan melanjutkan satu tahun lagi bagi kenderaan e-hailing yang sudah mencapai usia 10 tahun, kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Beliau berkata, langkah itu akan meringankan beban pemandu yang terjejas disebabkan krisis Covid-19 dan tidak perlu mengganti kenderaan mereka selepas mencapai had 10 tahun.

“Saya ingin umumkan untuk tempoh Covid-19 ini, usia kenderaan awam saya lanjutkan secara automatik selama satu tahun. Bermaksud dulu 10 tahun tak boleh lanjut lagi tapi kita lanjutkan lagi setahun.

“Kita akan melihat keadaan ini sebagai satu contoh, kalau tidak mereka kena tukar, mereka tidak ada duit jadi inilah kemampuan yang kementerian ada yang kita boleh buat, kuasa yang ada pada kita untuk lanjutkan usia dia.

“Kalau tidak dulu tertakluk kepada pemeriksaan yang lebih ketat tapi sekurang-kurangnya kita lanjutkan usia untuk membantu mereka. Saya rasa ramai pengusaha teksi faham,” katanya ketika menggulung bagi kementerian pengangkutan di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) pernah mengusulkan cadangan tempoh hayat kenderaan, sebuah skim pelupusan kenderaan dengan pampasan atau rebat.

“Di bawah cadangan ini, pemilik yang kenderaan mereka sudah berusia lebih 10 tahun akan diberi rebat sehingga RM5,000 untuk mereka ‘trade-in’ kenderaan terbabit dengan yang baru dari jenama pengeluar tempatan.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles