Thursday, March 4, 2021

BN kumpul maklum balas bertanding PRU15 menggunakan simbol ‘dacing’

Satu kaji selidik dijalankan untuk melihat sama ada jenama atau logo gabungan itu masih relevan untuk digunakan.

Other News

Jerman longgar peraturan sekatan Covid-19

Jerman benarkan pertemuan ahli dua buah rumah termasuk kanak-kanak.

Residents question silence from elected reps over revival of axed highway

Most have not responded to concerns about the PJD Link, which critics say will displace long-time residents and businesses and increase noise pollution along with other environmental and health hazards.

Penduduk persoal Adun senyap isu lebuh raya PJD Link

Projek PJD Link dilihat sebagai usaha menghidupkan semula Kidex yang sebelum ini telah dibatalkan kerajaan negeri.

Australia extends international flight ban for 3 more months

Anyone hoping to enter Australia will have longer to wait as arrivals are limited to the capacity of mandatory quarantine hotels.

Australia’s Qantas launches ‘mystery flights’ to boost domestic tourism

From today, passengers can book flights departing from Brisbane, Sydney or Melbourne, without knowing their destination.

MalaysiaNow difahamkan Barisan Nasional (BN) sedang menimbang untuk bergerak secara bersendirian pada pilihan raya akan datang tanpa sekutunya dalam kerajaan persekutuan, dengan mengumpul maklum balas daripada akar umbi sebelum membuat keputusan itu.

Ini bermakna simbol “dacing” putih dan biru akan digunakan, dan meninggalkan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) dan juga Muafakat Nasional (MN), piagam yang ditandatangani bersama PAS tahun lepas.

BN yang pernah berkuasa sebelum ini melakukan kaji selidik sama ada jenama atau logo gabungan itu masih relevan, dan adakah menggunakan kembali logo itu merupakan langkah bijak, selepas buat pertama kali dalam sejarah kalah pada pilihan raya tahun 2018.

“Kajian itu mahu melihat apakah Bersatu dan PAS popular dalam kalangan rakyat Malaysia,” kata sumber yang mengetahui tentang kaji selidik melibatkan petugas komunikasi BN di seluruh negara itu kepada MalaysiaNow.

Kajian ini dilakukan ketika wujud ketegangan antara Umno dan PN, berikutan penyingkiran Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar Perak.

Faizal yang merupakan timbalan presiden Bersatu, kalah dalam usul undi percaya yang dicadangkan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Jumaat lepas, selepas berlaku pertikaian antara beliau dan Umno mengenai pelantikan beberapa pegawai penting termasuk setiausaha politiknya.

Sejak dari itu PAS dan Bersatu mengkritik tindakan Umno menyingkirkan Faizal.

BN pernah menguasai kerajaan persekutuan selama enam dekad sebelum tersungkur pada pilihan raya 2018.

Kajian ini dilakukan ketika wujud ketegangan antara Umno dan PN, berikutan penyingkiran Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar Perak.

Kemudiannya empat parti mengumumkan keluar daripada gabungan itu: Gerakan dan myPPP di semenanjung, serta PBB dan SUPP di Malaysia Timur.

Selain Umno, gabungan itu kini masih disokong MCA, MIC dan beberapa parti komponen kecil berasaskan kaum seperti Kimma, IPF dan Makkal Sakti.

Kaji selidik BN itu dilakukan selepas perkara yang sama dilakukan Umno sebelum ini, bagi mengetahui sama ada ahli parti Melayu itu terbuka untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Beberapa pemerhati politik berkata mereka tidak terkejut dengan tindakan yang diambil oleh BN bagi menghadapi pilihan raya umum secara bersendirian.

Penganalisis politik Mahadee Ismail mengatakan gabungan itu merasakan diri mereka ditipu di peringkat persekutuan meskipun memiliki jumlah kerusi lebih besar berbanding parti lain dalam kerajaan PN.

Katanya beberapa pemimpin BN juga merasakan nasib yang serupa menimpa gabungan itu di Perak dan Sabah, di mana kerajaan negeri diketuai bukan orang BN.

Terdapat cakap-cakap mengatakan PRU15 perlu diadakan dalam masa terdekat bagi menafikan tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang dibentuk selepas kejatuhan Pakatan Harapan pada Februari akibat hilang mandat.

Menteri kanan Mohamed Azmin Ali baru-baru ini mendedahkan kerajaan merancang untuk mengadakan pilihan raya mengejut pada September, tetapi terpaksa membatalkannya berikutan lonjakan jangkitan Covid-19 di seluruh negara.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Bersatu akan bincang keputusan Umno tolak kerjasama PRU15

Bersatu juga akan membawa perbincangan itu dalam mesyuarat bersama parti gabungan Perikatan Nasional.

Bersatu to discuss Umno’s decision to stop cooperation

It also confirms a letter sent by Umno president Zahid Hamidi stating the party's decisions.

Come clean on decision to dump Bersatu in GE15, Annuar Musa tells Umno leaders

The party's former secretary-general says members have the right to be informed of any such move ahead of the general election.

Zahid Hamidi digesa jelaskan pendirian sebenar Umno berhubung Bersatu

Annuar Musa gesa Zahid jelaskan butiran surat kepada presiden Bersatu pada Februari lalu.

Umno tak boleh ubah keputusan BN sesuka hati, kata MIC

Keputusan untuk bersama dengan PN membentuk kerajaan sebelum ini dilakukan sebagai 'en-bloc' BN dan bukannya atas mana-mana parti.