Saturday, May 8, 2021

5 projek infrastruktur bekalan air luar bandar siap dibina di Sarawak

Sebanyak 15 projek keseluruhan bina infrastruktur air luar bandar dan 5 masih dalam pembinaan.

Other News

Lima projek infrastruktur bekalan air di luar bandar siap dibina bagi Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) sejak dari tahun 2016 hingga 2020, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Abd Latiff Ahmad.

Beliau berkata, lima projek dalam pembinaan dan tiada perolehan serta satu projek masih pada peringkat reka bentuk manakala empat projek lagi sedang melantik perunding.

Katanya, daripada 15 jumlah keseluruhan projek, enam daripadanya dibina di Hulu Rajang dengan tiga projek pada tahun 2016 dan di Hulu Rajang, terdapat empat projek dalam pembinaan manakala sebuah projek berjaya disiapkan.

“Untuk Sarawak, 40 projek akan dilaksanakan dengan kos berjumlah RM2.4 bilion.

“Daripada 40 projek tersebut, 11 sudah siap, 13 dalam peringkat pelaksanaan dan 16 dalam reka bentuk sementara jalan luar bandar di Hulu Rajang,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya pada 2017, projek naik taraf jalan ke lot pertanian Pakun, Sungai Asap di Sarawak dalam reka bentuk projek berjumlah RM9 juta.

Beliau menjawab soalan, Wilson Ugak Anak Kumbong (GPS-Hulu Rajang) tentang status projek-projek infrastruktur luar bandar di bawah kementerian iaitu projek-projek jalan luar bandar, bekalan elektrik dan bekalan air khususnya di kawasan Parlimen Hulu Rajang dan amnya di negeri Sarawak.

Menjawab soalan tambahan Wilson yang memohon agar jaringan jalan raya ke daerah Bukit Mabung sejauh 70 kilometer dalam dilaksanakan dalam senarai RMK-12, Latiff memberitahu perkara itu menjadi keprihatinan kerajaan dan akan cuba memastikan agar permohonan tersebut dalam dilaksanakan di negeri Sarawak.

“Yang sudah dan sedang dibuat kerajaan Pusat dan Perikatan Nasional (PN) dengan Sarawak. PN ada jawatankuasa tertinggi yang dipengerusikan oleh menteri pusat untuk memastikan kita ada jawatankuasa kerja dan jawatankuasa teknikal di mana semua menteri-menteri di peringkat Sarawak hadir selain dihadiri oleh semua ketua-ketua jabatan peringkat pusat.

“Saya yakin kerjasama ini kita pastikan segala perkara tidak dapat diselesaikan seperti Jalan Bukit Mabong dan kita akan masukan dalam RMK12. Kalau tak masuk dalam projek pusingan (rolling pelan) satu, kita akan masukan dalam projek pusingan kedua.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles