Sunday, October 24, 2021

Walaupun dikhianati di Perak, Bersatu tak akan balas dendam di Johor

Sokongan daripada ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perikatan Nasional sangat-sangat diperlukan Menteri Besar Hasni Mohammad daripada Umno.

Other News

Selepas dikhianati Umno sehingga menyebabkan timbalan presiden mereka Ahmad Faizal Azumu tersingkir sebagai menteri besar Perak, Bersatu tidak akan mengambil pendekatan “membalas dendam” pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor hari ini, kata Pengarah Pilihan Raya Negeri Abdul Latiff Ahmad.

Beliau yang juga menteri pembangunan luar bandar berkata, dalam keadaan majoriti kerajaan Johor yang sangat kecil sebanyak dua kerusi DUN, sokongan daripada ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai 13 kerusi (12 Bersatu dan satu PAS) sangat-sangat diperlukan Menteri Besar Hasni Mohammad daripada Umno.

“Jika Perikatan Nasional tidak menyokong dan belanjawan Johor tidak diluluskan maka ia boleh menjadi undi tidak percaya kepada menteri besar.

“Maka untuk kestabilan politik bagi mendepani cabaran semasa, Perikatan Nasional wajib hadir dan nyatakan sokongan,” kata Latiff yang juga ahli Parlimen Mersing kepada MalaysiaNow.

Jumaat lepas, Faizal disingkirkan sebagai menteri besar Perak selepas gagal memperoleh sokongan majoriti dalam DUN dalam usul undi percaya yang dikemukakan Umno apabila hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.

“Jika Perikatan Nasional tidak menyokong dan belanjawan Johor tidak diluluskan maka ia boleh menjadi undi tidak percaya kepada menteri besar.

Semalam Adun Kempas Osman Sapian daripada Bersatu tidak menolak parti itu akan “membalas dendam” pada persidangan DUN di Johor hari ini selepas apa yang dilakukan Umno di Perak.

“Lebih-lebih lagi Ahmad Faizal merupakan timbalan presiden Bersatu, sudah tentu mengguris perasaan kami selaku ahli parti.

“Saya sendiri selepas mendengar berita ini amat terkejut dan sedih sedang­kan kita bersama lebih lapan bulan membentuk kerajaan persekutuan dan negeri.

“Kalau ikutkan, boleh jadi balas dendam dengan melakukan perbuatan sama dilakukan wakil rakyat Bersatu kepada menteri besar daripada Umno,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Hasni yang juga pengerusi Umno Johor dilantik sebagai menteri besar ke-18 selepas Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah negeri itu selama 22 bulan.

Pada ketika ini, Umno mempunyai 14 kerusi DUN di Johor, Bersatu 12, MIC 2 dan PAS 1.

Sementara PH mempunyai 27 kerusi DUN.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles