Saturday, September 18, 2021

Babi hutan ‘membeli-belah’ di Alamanda, Putrajaya

Bomba menerima aduan kejadian pada pukul 12.38 tengah hari.

Other News

Kompleks beli-belah Alamanda di sini kecoh apabila seekor babi hutan tiba-tiba masuk ke dalam bangunan itu, pada tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya Shaari Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.38 tengah hari.

Katanya lapan anggota bersama dua jentera tiba pada pukul 12.47 tengah hari dan bertindak menghalau haiwan itu keluar daripada bangunan kompleks beli-belah berkenaan.

“Haiwan berkenaan telah menuju ke arah padang ragbi Presint 16 dan kes itu diserahkan kepada Bahagian Hidupan Liar Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Bernama.

Beberapa klip video dan gambar tular di laman Twitter, menunjukkan seekor babi berkeliaran di dalam sebuah kedai peralatan sukan di Alamanda.

Shaari berkata operasi menembak babi diadakan pada setiap Ahad di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini.

Justeru, beliau memohon pegawai terlibat untuk menghubungi Bahagian Hidupan Liar PPj, jika terdapat kes seperti itu untuk memudahkan pemantauan oleh pihak bomba, bagi memastikan keselamatan dan harta benda awam terjaga.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles