- Iklan -
Berita

1,335 kes baru Covid-19, 515 di Lembah Klang

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 72,694 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar yang dirakam pada 28 Oktober di Plaza Hentian Kajang selepas kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Gambar yang dirakam pada 28 Oktober di Plaza Hentian Kajang selepas kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sebanyak 1,335 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk tiga jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 72,694, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 1,069 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 61,237 kes atau 84.3%.

“Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 515 kes atau 38.6%, dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 337 jangkitan baru (65.4%),” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya terdapat lonjakan kes di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 258 kes dan Sabah pula mencatatkan sebanyak 250 kes.

Noor Hisham berkata, kes aktif kini berjumlah 11,039 dengan 126 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 57 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat dua lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 382 orang,” katanya.

Tiga kluster baru turut dikesan membabitkan Kluster Ceram di daerah Seremban, Negeri Sembilan, Kluster Pulau Berhala (Sandakan, Sabah) dan Kluster Jalan Tampoi (Johor Bahru, Johor).