- Iklan -
Berita

PKPB diteruskan di KL, Sabah dan hampir seluruh Selangor

PKPB di negeri-negeri ini dilanjutkan sehingga 20 Disember, 2020.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Sekatan jalan raya dilakukan pihak polis berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bagi mengekang penularan Covid-19.
Sekatan jalan raya dilakukan pihak polis berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bagi mengekang penularan Covid-19.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Sabah dan hampir seluruh Selangor akan dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 20 Disember, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Di Selangor, PKPB hanya ditamatkan di Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Bagi negeri-negeri lain, PKPB akan ditamatkan kecuali di sesetengah kawasan.

Di Perak, PKPB akan ditamatkan mengikut jadual kecuali di Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong.

Di Kelantan, PKPB akan berakhir kecuali di daerah Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas.

Bagi Pulau Pinang, PKPB akan berakhir kecuali di empat kawasan.

Di Johor, PKPB akan ditamatkan seperti dijadualkan di Mersing, akan tetapi bagi Kota Tinggi akan dilanjutkan sehingga 20 Disember. PKPB dilaksanakan di Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai sehingga 20 Disember.

Bagaimanapun bagi Putrajaya dan Labuan, PKPB akan berakhir seperti dijadualkan esok.

Sementara bagi Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis, Melaka dan Sarawak kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga akhir tahun.