Thursday, March 4, 2021

Malaysia laksana PKP ‘mesra rakyat’ mulai tahun depan perangi Covid-19

PKP ‘norma baru’ yang lebih longgar diperkenalkan.

Other News

OKU gesa peratusan pengambilan kerja golongan itu ditingkatkan

Sektor swasta masih tidak yakin untuk mengambil golongan OKU bekerja di syarikat mereka.

Washington outlines new global strategy: China looms large

State secretary Antony Blinken says on virtually every front, the US will likely have to deal with the communist government in Beijing.

Pematuhan SOP keselamatan di lebuh raya masih lemah

Insiden kemalangan boleh dielakkan jika pihak pemaju dan kontraktor mengamalkan SOP yang betul.

Umno bakal tangguh pemilihan, tanding PRU15 sebagai pembangkang

Penangguhan tersebut adalah bagi memberikan masa kepada Umno untuk bersedia menghadapi PRU15.

Umno to delay party polls as it enters GE fray as opposition

This is the second time in three years that the party will defer its polls.

MalaysiaNow difahamkan Putrajaya berkemungkinan akan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru bermula tahun depan, yang melibatkan prosedur operasi standard (SOP) sektor ekonomi yang lebih “mesra rakyat”.

PKP “norma baru” itu, dijangka lebih longgar berbanding ketika kali pertama ia diperkenalkan Mac tahun ini pada fasa awal pendemik Covid-19 bermula di Malaysia, akan berkuat kuasa sejurus PKP Bersyarat atau PKPB berakhir pada 31 Disember ini.

“PKP norma baru akan menekankan SOP mengikut lokaliti dan mukim, bukan lagi seluruh negeri,” kata satu sumber yang biasa dengan usaha memerangi Covid-19 oleh Putrajaya kepada MalaysiaNow.

Ini bermaksud sebarang bentuk PKP tidak lagi akan dilaksanakan seluruh negeri sebaliknya lebih tertumpu kepada daerah atau mukim yang mencatatkan lonjakan kes Covid-19.

“Ia berbeza dengan apa yang diguna pakai oleh pihak berkuasa sekarang ini yang melaksanakan PKPB di seluruh negeri,” tambah sumber itu.

Kali pertama PKP diisytiharkan pada 18 Mac lalu, dan dilanjutkan beberapa kali sehingga 4 Mei.

Selepas itu PKPB diperkenalkan yang membenarkan beberapa sektor perniagaan beroperasi dengan SOP ketat.

Kemudian PKP Permulihan atau PKPP dilaksanakan, tetapi ia terpaksa dihentikan selepas berlaku lonjakan kes baru yang menyaksikan kes harian mencecah empat digit.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) turut diperkenalkan, bagi kawasan yang mencatatkan lonjakan kes dengan menutup tempat itu sepenuhnya.

Cadangan PKP “norma baru” itu mendapat persetujuan dan sambutan baik agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam melawan Covid-19.

SOP dilonggarkan

Sumber itu juga memberitahu MalaysiaNow peraturan ketat di restoran dan premis perniagaan akan dilonggarkan bagi memastikan sumber rezeki orang ramai dapat diseimbang dengan kebimbangan kesihatan.

Satu kempen besar-besaran dijangka bermula Isnin ini bagi mendidik masyarakat mengenai perbezaan antara PKPB dan PKP “norma baru”.

Cadangan PKP “norma baru” itu mendapat persetujuan dan sambutan baik agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam melawan Covid-19.

Sementara itu, tiada perubahan mengenai tarikh pembukaan sekolah seperti yang telah diumumkan oleh menteri pendidikan.

Sesi persekolahan seluruh negara akan dibuka pada 20 Januari tahun depan, selepas ditutup beberapa kali sejak Mac, yang menyebabkan beratus-ratus ribu orang murid dan pelajar tidak dapat meneruskan persekolahan.

Bagaimanapun, prasekolah dan institusi pengajian tinggi boleh dibuka seperti biasa bermula 1 Januari.

“Ini sudah tentu melegakan hati ramai pihak terutamanya ibu bapa dan pengusaha tadika,” tambah sumber itu.

Pengusaha tadika dan taska merungut selepas tiada garis panduan khusus dikeluarkan oleh kementerian pendidikan bagi membolehkan mereka beroperasi, yang akhirnya memaksa mereka gulung tikar.

Perjalanan rentas negeri

MalaysiaNow turut difahamkan oleh sumber itu, larangan perjalanan rentas negeri ketika pelaksanaan PKPB yang melibatkan hampir seluruh semenanjung awal November lalu akan ditarik balik dalam masa terdekat.

“Sekatan jalan raya oleh pihak polis bagaimanapun akan berjalan seperti biasa sehingga hujung tahun. Tetapi bermula 2021, perjalanan rentas negeri tidak lagi memerlukan kebenaran pihak polis, cukup sekadar pematuhan SOP ketika dalam kenderaan,” kata sumber sama.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kes Covid-19 kembali naik di seluruh dunia

WHO mendapati Timur Tengah adalah rantau yang paling tinggi peningkatan kes.

Program imunisasi bantu pulih perniagaan, ekonomi, kata Mustapa

Vaksinasi lebih ramai rakyat dapat meningkatkan keyakinan pengguna untuk keluar berbelanja.

PKPB di Selangor, KL, Johor dan Pulau Pinang

Perjalanan rentas daerah kini dibenarkan, namun rentas negeri masih dilarang.

Kes baru Covid-19 kembali turun bawah 2,000

5 lagi kematian menjadikan jumlah 1,135 keseluruhannya.

PM gesa penjawat awam segerakan bantuan rakyat

Proses permohonan penyampaian bantuan akan disegerakan bagi membantu rakyat mengatasi masalah kewangan akibat penularan Covid-19.