Friday, March 5, 2021

Jumlah perbelanjaan KKM tangani Covid-19 dibangkitkan di Parlimen hari ini

Persidangan dewan kemudian diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa melibatkan tiga lagi kementerian.

Other News

Zahid keluar RM17.9 juta wang yayasan Akalbudi, kata pegawai SPRM

Pegawai SPRM berkata bahawa daripada jumlah itu, RM8.6 juta digunakan untuk membayar deposit saham kepada Ri-Yaz Assets Sdn Bhd.

Former DAP reps now members, Bersatu confirms

Paul Yong is a member in Batu Gajah while A Sivasubramaniam is a member in Ipoh Barat.

Kes baru Covid-19 catat angka 2,154

6 kematian akibat Covid-19 dicatat hari ini.

New cases continue to hover above 2,000

2,154 new cases, 3,275 recoveries.

Dua bekas Adun DAP sertai Bersatu di Perak

Kedua-dua mereka merupakan ahli DAP sebelum keluar parti pada Mac tahun lalu.

Jumlah perbelanjaan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani pandemik Covid-19 sejak 18 Mac hingga 31 Oktober lepas, antara perkara yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam sesi soal jawab yang akan diajukan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) kepada Menteri Kesihatan Adham Baba berhubung perkara itu.

Natrah Ismail (PH-Sekijang) pula meminta menteri dalam negeri menjelaskan sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan Cadangan Umum Jawatankuasa Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) No 34.

Ia bagi memastikan wanita mempunyai hak kewarganegaraan sama rata dengan golongan lelaki terutamanya hak berkaitan pemberian kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan di luar negara apabila berkahwin dengan lelaki bukan warganegara.

Pada sesi sama, M. Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) meminta menteri sumber manusia menyatakan sebab mengenai 81,217 orang pekerja masih hilang pekerjaan seperti yang dicatatkan pangkalan data Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) setakat 25 Sept lepas walaupun Program Subsidi Upah dan Program Pengekalan Pekerjaan telah dilaksanakan kerajaan.

Sementara itu, pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) meminta menteri dalam negeri menyatakan sama ada kementerian akan memberikan sedikit kelonggaran syarat permohonan lesen senjata api kepada pemilik tanaman yang ingin memiliki lesen bagi menguruskan musuh tanaman seperti babi dan monyet yang bertindak merosakkan tanaman.

Persidangan dewan kemudian diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa melibatkan tiga lagi kementerian mengikut giliran seperti yang dijadualkan.

Mengikut jadual giliran kementerian, perbahasan hari ini akan tertumpu kepada kementerian perdagangan antarabangsa dan industri, kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna serta kementerian pembangunan usahawan dan koperasi.

Semalam, menyaksikan peruntukan bagi kementerian pertanian dan industri makanan, kementerian pembangunan luar bandar dan kementerian tenaga dan sumber asli dalam Belanjawan 2021 lulus di peringkat jawatankuasa dengan undian suara terbanyak.

Kelulusan itu menjadikan peruntukan bagi kementerian yang lulus di peringkat jawatankuasa setakat ini ialah lapan dengan lima daripadanya diluluskan mengikut undian suara terbanyak manakala tiga melalui proses undi belah bahagian.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat sesi perbahasan berkenaan akan berlanjutan selama 10 hari sehingga 15 Disember ini, sementara Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 29 hari sehingga 17 Disember.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

BN, PH come together with identical statements signed by Zahid and Anwar

Two statements issued after top leaders' meetings are identical in language, tone and order.

BN chief Zahid repeats call for Dewan Rakyat sitting during emergency

The BN chairman also hits out at PAS' Takiyuddin Hassan for ruling out any parliamentary sitting during the virus emergency.

Minister tells why Parliament won’t be convening

Law minister Takiyuddin Hassan says this has to do with the government's focus on battling the Covid-19 pandemic.
00:15:16

Talk, Now with Art Harun

Dewan Rakyat Speaker Azhar Harun talks to Dangsuria Zainurdin about his childhood and music, the joy of kampung life, the sorrows of high posts, and the personal toll that comes with it – in this pilot episode of Talk, Now.

Speaker Art Harun shocked by friends who ‘unfriended’ him

The former lawyer opens up about himself, including how his appointment as Dewan Rakyat speaker has taken a personal toll.