- Iklan -
Berita

Hampir 100,000 hilang kerja akibat Covid-19

Angka itu direkodkan sejak Januari hingga 27 November tahun ini.

Bernama
2 minit bacaan
Kongsi
Antara sektor terlibat ialah pembinaan dan pengangkutan.
Antara sektor terlibat ialah pembinaan dan pengangkutan.

Seramai 99,696 pekerja termasuk golongan berkemahiran tinggi terlibat dalam pembuangan pekerja sejak Januari hingga 27 November tahun ini, akibat kesan penularan Covid-19 di negara ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim.

Beliau berkata antara pekerja berkemahiran tinggi yang terlibat dalam pembuangan itu ialah kategori pengurus seramai 13,109 orang; profesional (26,079 orang); dan juruteknik serta profesional bersekutu (19,095 orang).

“Kesemua mereka ini berpendapatan RM4,000 ke atas yang tidak tersenarai dalam sistem Program Subsidi Upah (PSU) yang kita sediakan untuk membantu mereka yang hilang pekerjaan,” katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

“Antara sektor terlibat ialah pengilangan, penginapan dan Food and Beverage (makanan dan minuman)pemborong dan peruncitan, pembinaan dan pengangkutan,” katanya.

Beliau menjawab soalan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang meminta kementerian menyatakan mengenai kegagalan PSU dalam menyenaraikan pekerja golongan pengurusan sebagai penerima subsidi upah sedangkan statistik menunjukkan secara jelas bahawa 59% kadar pengangguran membabitkan kalangan pekerja berkemahiran tinggi.

Awang berkata pembuangan pekerja itu disebabkan faktor luar kawalan majikan dalam sektor tertentu yang tidak dapat dielakkan, walaupun kerajaan menjalankan pelbagai inisiatif dan pakej rangsangan ekonomi untuk mengurangkan impak.

“Antara sektor terlibat ialah pengilangan, penginapan dan Food and Beverage (makanan dan minuman), pemborong dan peruncitan, pembinaan dan pengangkutan,” katanya.

Awang berkata antara faktor yang melibatkan pembuangan pekerja ialah penutupan perniagaan; pengecilan tenaga kerja; skim berhenti secara sukarela (VSS) dan skim pemisahan persetujuan bersama (MSS); syarikat mengalami masalah kewangan kritikal; penutupan separa; pengambilalihan syarikat; dan penempatan semula syarikat.

Beliau berkata dianggarkan 75% daripada jumlah keseluruhan pekerja yang dibuang adalah daripada golongan B40 yang berpendapatan RM4,000 ke bawah.

Oleh itu, PSU yang diperkenalkan untuk membantu pekerja yang paling terkesan dalam kalangan B40 manakala golongan pengurusan yang diberhentikan kerja masih diberi perlindungan di bawah Akta SIP (Akta 800) tertakluk had gaji maksimum RM4,000.

Ini bermakna pekerja-pekerja yang bergaji melebihi RM4,000 termasuk golongan pengurusan akan mendapat faedah seperti Elaun Mencari Pekerjaan, katanya.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.