Monday, June 14, 2021

ATM siasat video tular anggota tentera pukul pekerja asing

Beliau mengulas rakaman video berdurasi 19 saat yang tular semalam yang memaparkan seorang lelaki memakai seluar celoreng ATM memukul pekerja asing.

Other News

Siasatan kes terhadap seorang anggota tentera yang didakwa mengarahkan seorang pekerja asing berguling seperti yang tular di media sosial semalam masih diteruskan.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Affendi Buang berkata beberapa tindakan awal dilaksanakan pihaknya dan pada masa yang sama menegaskan setiap anggota yang terlibat dalam apa-apa penugasan tidak akan bertindak di luar batasan.

“Sebaliknya anggota akan menjalankan tugas seperti yang diarahkan demi menjaga keselamatan negara dan awam. Kami menyeru kepada masyarakat atau mereka yang berada dalam tempoh kuarantin ini supaya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Saya tahu anggota ini bertindak sedikit melebihi batas dan saya minta maaf mengenai perkara itu…tetapi pada masa sama anggota tentera ini bukan bertindak sesuka hatinya…kalau bertindak sesuka hati sudah pasti banyak kes melibatkan penderaan berlaku,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Port Dickson, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rakaman video berdurasi 19 saat yang tular semalam yang memaparkan seorang lelaki memakai seluar celoreng ATM didakwa mengarahkan seorang pekerja asing berguling di atas tanah dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Klang, Selangor.

Individu warga asing berkenaan yang dikatakan pekerja kilang di kawasan itu, didakwa diarahkan berbuat demikian setelah melanggar perintah kuarantin yang ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau meminta masyarakat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan tidak menimbulkan sebarang provokasi terhadap petugas keselamatan.

Terdahulu, Affendi menyempurnakan Perbarisan Pembubaran dan Pemakaian Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) Malaysian Battalion (Malbatt) 850-7 kepada 850 anggota dan pegawai yang baru pulang daripada misi di Lubnan.

Acara berkenaan diadakan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di Port Dickson.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles