- Iklan -
Berita

Video mengejutkan lelaki beruniform mengganasi pekerja asing tersebar

Kejadian itu didakwa berlaku di Meru, Klang.

MalaysiaNow
1 minit bacaan
Kongsi
Tangkap layar video yang menunjukkan individu beruniform mengganasi pekerja asing.
Tangkap layar video yang menunjukkan individu beruniform mengganasi pekerja asing.

Beberapa klip video mengejutkan tersebar menunjukkan lelaki beruniform memukul dan mengganasi pekerja asing tanpa belas kasihan yang dipercayai sedang menjalani kuarantin Covid-19.

MalaysiaNow tidak dapat mengesahkan ketulenan klip video tersebut yang tersebar di aplikasi WhatsApp dan media sosial.

Dalam salah satu video, kelihatan lelaki beruniform yang memegang getah paip memaksa seorang pekerja asing untuk berguling atas rumput.

Dalam satu lagi klip video, kelihatan dua lelaki memukul pekerja asing dengan menggunakan getah paip dan kayu.

Aktivis hak pekerja asing berpusat di Nepal Andy Hall yang mengetahui tentang klip video itu memberitahu MalaysiaNow kedua-dua insiden berlaku di Meru, Klang.

MalaysiaNow difahamkan pekerja asing yang diganasi itu bekerja dengan syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia Top Glove.

“Pihak berkuasa sangat kejam dengan mereka.

“Mereka semua berasa tidak selamat. Ada yang cuba untuk keluar dan melarikan diri,” kata Hall kepada MalaysiaNow.

Dalam satu lagi klip video, kelihatan dua lelaki memukul pekerja asing dengan menggunakan getah paip dan kayu.

Sebelum ini, kerajaan mengarahkan syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia itu melakukan saringan ke atas lebih 2,260 pekerja selepas menjadi penyumbang terbesar jangkitan Covid-19 dalam negara pada ketika ini.

Sementara itu, satu lagi video menujukkan seorang individu dalam uniform polis bertindak menyepak seorang pekerja asing yang sedang duduk bersama-sama beberapa individu lain.

Ketua Polis Seremban Mohd Said Ibrahim dilaporkan berkata kejadian tersebut dipercayai berlaku di Senawang, Negeri Sembilan.

MalaysiaNow sedang mendapatkan ulasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pihak polis berhubung klip video ini.

Kedua-dua badan beruniform berkenaan dikerahkan untuk melaksana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hampir ke seluruh negara selepas peningkatan mendadak jangkitan Covid-19.

Sehingga kini, sebanyak 67,169 kes positif wabak berkenaan dilaporkan dalam negara.