- Iklan -
Berita

Mesyuarat MT PN bincang persiapan PRU15, kata Muhyiddin

Mesyuarat itu turut membincangkan dan mempersetujui untuk memperkemaskan gabungan parti anggota PN.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Muhyiddin Yassin mempengerusi mesyuarat PN bersama beberapa ketua-ketua parti malam tadi. Gambar: Facebook
Muhyiddin Yassin mempengerusi mesyuarat PN bersama beberapa ketua-ketua parti malam tadi. Gambar: Facebook

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin malam tadi mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang antara lain menyentuh beberapa perkara penting termasuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam catatan di laman Facebooknya, Muhyiddin berkata mesyuarat berkenaan turut membincangkan dan mempersetujui untuk memperkemaskan gabungan parti anggota PN, memperkukuhkan kerjasama dengan parti dalam kerajaan pimpinan PN serta melaksanakan program segera untuk memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara.

“Majlis Tertinggi PN terus komited untuk menzahirkan aspirasi kerajaan dan rakyat seluruhnya,” katanya.

Katanya, mesyuarat tersebut dihadiri Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

Sementara itu, Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Abdul Hadi dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam mengenai usaha memperkukuhkan hubungan kerjasama antara ketiga-tiga parti tersebut.