Friday, June 25, 2021

Petaling Jaya bandar raya mampan terbaik dalam negara

MBPJ meraih anugerah tersebut sejak tahun 2015.

Other News

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) adalah juara bagi anugerah penghargaan bandar mampan bagi kategori bandar raya bersempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, peringkat kebangsaan pada 10hb November lalu, kata Mohd Sayuthi Bakar.

Datuk Bandar MBPJ itu berkata ini menjadikan Petaling Jaya sebagai daerah yang mengungguli pencapaian mampan bagi seluruh bandar raya dalam negara.

“Sejak anugerah ini diperkenalkan pada tahun 2007, MBPJ mencapai tahap mampan sehingga kini.

“Pada tahun 2015 sehingga tahun 2019 MBPJ memenangi Anugerah Bandar Mampan serta Anugerah Khas Pencapaian Konsisten Status Mampan dengan tahap kemampanan 99%,” katanya.

Beliau berkata, MBPJ turut memenangi Anugerah Inisiatif Kejiranan Hijau bagi kategori pejalan kaki, laluan basikal, kebun komuniti dan pengkomposan serta anugerah khas pilihan menteri Wilayah Persekutuan.

Sayuthi turut memaklumkan MBPJ menerima pengiktirafan lima bintang bagi penganugerahan bintang penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan markah keseluruhan yang diperolehi sebanyak 97.6%, menjadikan daerah itu meraih tempat pertama PBT di negeri Selangor dan keempat bagi keseluruhan PBT di seluruh negara.

Beliau memaklumkan, penganugerahan penarafan tersebut diadakan secara dalam talian melalui laman Facebook Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Katanya, penilaian SPB dan PBT bagi edisi kali ini masih mengekalkan empat kriteria utama dan 17 sub kriteria seperti penilaian yang terdahulu.

Katanya, empat kriteria tersebut adalah pengurusan, perkhidmatan-perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan serta penyertaan komuniti dan pandangan penduduk.

“MBPJ beriltizam untuk terus memberikan perkhidmatan perbandaran yang lebih cekap selaras dengan ekspektasi tinggi daripada pemegang taruh MBPJ,” katanya dalam ucapan perutusan, semalam.

Katanya, MBPJ akan sentiasa memantapkan tadbir urus dan sistem perkhidmatan yang terbaik dalam usaha mencapai status majlis ke arah bandar raya pintar, berdaya tahan dan dinamik menjelang tahun 2025.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles