Friday, June 25, 2021

Kerajaan tidak guna simpanan, rizab antarabangsa BNM biayai Belanjawan 2021

Segala pakej rangsangan ekonomi dibiayai menerusi pinjaman domestik daripada pasaran kewangan tempatan.

Other News

Kementerian kewangan mengatakan kerajaan tidak pernah menggunakan simpanan dan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membiayai Belanjawan 2021 serta pakej rangsangan ekonomi susulan pandemik Covid-19 yang berlaku di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan I Abdul Rahim Bakri berkata segala pakej rangsangan ekonomi dibiayai menerusi pinjaman domestik daripada pasaran kewangan tempatan.

“(Rizab Negara) diguna untuk menjamin liabiliti mata wang tempatan dan deposit rizab bank-bank lain dengan bank-bank pusat oleh kerajaan atau institiusi kewangan asing.

“Untuk makluman dewan, rizab antarabangsa digunakan bagi maksud-maksud tertentu bukan untuk membiayai bajet atau membiayai pakej rangsangan ekonomi susulan pandemik Covid-19. Pakej rangsangan ekonomi adalah dibiayai terutamanya melalui pinjaman domestik daripada pasaran kewangan tempatan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan, Pang Hok Liong (PH- Labis) jika kerajaan menggunakan rizab simpanan negara untuk membiayai pakej rangsangan ekonomi susulan pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan Pang tentang jumlah rizab antarabangsa Bank Negara setakat 30 September, Rahim berkata nilai rizab antarabangsa negara berjumlah RM436.5 bilion mencukupi untuk membiayai 8.4 bulan import dan 1.1 kali jumlah hutang di luar negeri bagi jangka pendek.

“Rizab negara menunjukkan peningkatan sebanyak AS$1.4 billion berbanding akhir tahun 2019 sebanyak AS$103.6 billion,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles