Wednesday, March 3, 2021

Guru tadika dipenjara 10 hari, denda RM1,500 kerana curi bedak 

Bedak yang dicuri berharga RM60.70.

Other News

Churchill mosque painting sold by Angelina Jolie smashes record

The painting of a Marrakech mosque at sunset is a piece of both political and Hollywood history.

Over half of Malaysians struggling to meet expenses with current income, survey shows

A similar number say they are dipping into their savings to make ends meet.

1,555 kes baru Covid-19 dikesan hari ini

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 25,542.

Hospital swasta sedia peroleh vaksin dari sumber lain

Hospital swasta boleh digerakkan untuk melengkapkan usaha kerajaan dalam memastikan majoriti penduduk mendapat vaksin.

New cases inch lower to 1,555

2,528 recoveries, six more deaths.

Akibat mencuri satu bedak padat muka di kedai produk kesihatan dan kecantikan pada Jumaat lepas, seorang guru tadika dipenjara 10 hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim memerintahkan S. K. Yoges, 37, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 27 November lepas, selain turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat minggu lagi, sekiranya dia gagal membayar denda.

Yoges mengaku bersalah mencuri satu bedak padat muka jenama Revlon bernilai RM60.70 milik Watson’s Personal Care Stores Sdn Bhd di sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini, pada 8.35 malam, 27 November.

Pertuduhan ke atas wanita itu dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda dan bagi kesalahan kedua atau yang kemudian hendaklah dipenjara dan boleh dikenakan denda dan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatin Mohamad Farid memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh, namun Yoges yang tidak diwakili peguam merayu supaya mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan dia perlu menanggung keluarga.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Pengarah syarikat didakwa songlap RM603,000 wang syarikat

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Perbicaraan kes rasuah RM6.35 juta bekas SU politik Mat Sabu pada 15 Mac

Azhar berdepan dengan lima pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM6.35 juta daripada sebuah syarikat kontraktor.

Bicara kes pengubahan wang haram Rosmah bermula November

Peguam Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

Jabatan Peguam Negara bantah permohonan NGO cabar kerajaan hantar pulang pelarian Myanmar

Dua badan bukan kerajaan (NGO) mencabar keputusan kerajaan Malaysia untuk menghantar pulang 1,200 pelarian warganegara Myanmar ke negara asal.

Saksi nafi gelaran Datuk yang diterima berkait kes 1MDB

Nor Salwani Muhammad, 54,  memberitahu pingat yang diterimanya pada 1 Februari 2020 adalah kerana beliau telah berkhidmat selama 30 tahun di kementerian wilayah persekutuan.