Wednesday, September 29, 2021

Arab Saudi izin pesawat Israel guna ruang udaranya  

Pentadbiran Tel Aviv meminta Washington untuk meyakinkan Arab Saudi supaya membenarkan penggunaan ruang udaranya.

Other News

Kapal terbang Israel untuk perjalanan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan dibenar melintasi ruang udara Arab Saudi, lapor Agensi Anadolu, memetik media Israel.

Meskipun kedua-dua negara tidak menjalin hubungan diplomatik, Arab Saudi pada Isnin dilaporkan membenarkan pesawat Israel menggunakan ruang udaranya.

Menurut i24news Israel, pentadbiran Tel Aviv meminta Washington untuk meyakinkan Arab Saudi supaya membenarkan penggunaan ruang udaranya.

Penasihat Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Jared Kushner, campur tangan dan Arab Saudi mengizinkan pesawat Israel menggunakan ruang udaranya.

Langkah itu dikatakan dapat memendekkan masa penerbangan, bermula bulan ini dan seterusnya.

Permit itu sah hanya untuk penerbangan ke UAE dan syarikat Israel tidak dibenarkan menggunakan ruang udara Arab Saudi untuk penerbangan ke negara lain.

Pada Oktober, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam UAE menandatangani perjanjian dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Israel mengenai perkhidmatan pengangkutan udara antara kedua-dua negara.

UAE dan Israel pada September menandatangani perjanjian yang ditaja AS untuk memulihkan hubungan diplomatik.

Perjanjian itu menerima kecaman hebat daripada rakyat Palestin, yang mengatakan kesepakatan itu mengabaikan hak mereka dan tidak menghiraukan kepentingan Palestin.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles