Monday, June 21, 2021

Wanita Amanah selar pimpinan pentingkan ‘individu’ melebihi suara parti

Mempertahankan gabungan Pakatan Harapan (PH) tidak bermaksud pimpinan parti mesti mempertahankan mana-mana individu.

Other News

Sayap Wanita Amanah mendesak kepimpinan tertinggi parti itu memberikan penjelasan berhubung kejadian pada hari pengundian Belanjawan 2021 minggu lalu, menyifatkannya sebagai sangat mengejutkan dan tidak wajar berlaku, ketika timbul pergolakan dalaman berhubung tindakan Anwar Ibrahim yang dikatakan merugikan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Wanita Amanah Raj Munni Sabu dalam satu kenyataan berkata pihaknya memerlukan jawapan dan penjelasan yang tuntas tanpa melindungi atau meletakkan keputusan mana-mana individu yang dianggap lebih penting daripada suara parti.

“Kita tidak pernah diajar berjuang untuk mana-mana individu, hatta termasuk diri kita sendiri,” katanya yang lebih dikenali sebagai Aiman Athirah dalam satu kenyataan.

Pada Khamis, pengundian Belanjawan 2021 ditunggu-tunggu kerana kegagalan mendapatkan sokongan majoriti akan menyebabkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin tumbang dan pilihan raya umum mengejut di musim pandemik perlu diadakan.

“PH bukan kerjasama politik milik mana-mana tokoh atau parti secara selektif.”

Bagaimanapun, majoriti ahli Parlimen PH yang enggan berdiri bagi meminta undi belah bahagi.

Sebanyak 15 orang ahli Parlimen diperlukan sebagai syarat undi belah bahagi boleh dijalankan.

Hanya 13 orang yang berdiri, majoritinya daripada ahli Parlimen Amanah dan Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

MalaysiaNow minggu lalu melaporkan terdapat arahan saat akhir diberikan Anwar kepada pemimpin PH menyebabkan ahli Parlimen DAP dan PKR tidak meminta undi belah bahagi sehingga menyebabkan Belanjawan 2021 diluluskan dengan mudah.

Mengulas lanjut Aiman Athirah berkata mempertahankan gabungan PH tidak bermaksud para pimpinan parti mesti mempertahankan mana-mana individu sebaliknya ia menuntut prinsip dan membuat keputusan dan dasar secara bersama.

“PH bukan kerjasama politik milik mana-mana tokoh atau parti secara selektif.”

Atas sebab itu, katanya, majlis pimpinan PH wajib menzahirkan rasa kewibawaan secara kolektif dengan mengembalikan nilai “equal partnership” dan “smart partnership” untuk melahirkan satu keputusan yang matang.

“Bukannya berlindung di sebalik ungkapan strategi dan taktikal yang hakikatnya dilihat sebagai kegagalan berulang,” katanya tanpa menamakan mana-mana individu tetapi dipercayai kepada Anwar.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles