- Iklan -
Berita

993 tangkapan dilakukan libatkan ‘Macau Scam’

912 tangkapan melibatkan warga tempatan manakala 81 orang warga asing ditahan atas kesalahan kes penipuan dalam talian.

Fazreen Kamal
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay (tiga dari kanan) dalam satu sidang media pada 23 November lalu, mengenai kejayaan menumpaskan Kumpulan Allan yang aktif melakukan kegiatan pembekalan kad ATM kepada sindiket penipuan Macau Scam. Gambar: Bernama
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay (tiga dari kanan) dalam satu sidang media pada 23 November lalu, mengenai kejayaan menumpaskan Kumpulan Allan yang aktif melakukan kegiatan pembekalan kad ATM kepada sindiket penipuan Macau Scam. Gambar: Bernama

Sebanyak 993 tangkapan kes sindiket penipuan atas talian atau “Macau Scam” dilakukan antara Januari hingga 31 Oktober lepas, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 912 tangkapan melibatkan warga tempatan manakala 81 orang warga asing ditahan atas kesalahan kes penipuan dalam talian dan 605 sudah didakwa di mahkamah atas kesalahan tersebut.

“Untuk makluman setakat ini belum ada lagi makluman tentang scammer berada di luar negara dan berkaitan kajian kes tentang umur juga belum dibuat.

“Dan perkara itu akan diperhatikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan lanjut,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohamad Alamin (BN-Kimanis) tentang jumlah kegiatan penipuan dalam talian yang dikesan di dalam dan luar negara serta jika KDN sudah melaksanakan kaji selidik peringkat umur yang paling banyak terlibat dalam kegiatan jenayah itu.

Jonathan berkata, KDN sudah bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia, polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi membanteras sindiket “Macau Scam” sejak tahun 2006.

“Untuk makluman setakat ini belum ada lagi makluman tentang scammer berada di luar negara dan berkaitan kajian kes tentang umur juga belum dibuat.

Malah katanya, KDN juga turut bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi dan institusi-institusi perbankan di negara ini bagi memastikan jenayah penipuan dalam talian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Selain itu, pada Mac 2019, sebuah jawatankuasa teknikal siber yang terdiri daripada polis dan SKMM ditubuhkan bagi membanteras jenayah penipuan ini. Di peringkat polis, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menubuhkan satu pasukan petugas khas membabitkan elemen JSJK.

“Ini bagi mengenal pasti dan memantau trend terkini jenayah atas talian serta bekerjasama dengan SKMM yang boleh membantu dari segi kepakaran dan teknologi.”