Monday, March 8, 2021

Perhimpunan agung kukuhkan peranan dan penglibatan Bersatu dalam PN, kata setiausaha agung

Bersatu semalam mengadakan PAT ke-3 yang dilangsungkan secara maya dari lokasi yang ditetapkan mengikut negeri-negeri.

Other News

RM17.9 million from Zahid’s foundation withdrawn without board’s consent, court told

MACC investigating officer also says the withdrawal was at the instruction of Zahid Hamidi.

Pengeluaran RM17.9 juta dari Yayasan Akalbudi adalah kesalahan pecah amanah, kata saksi

Pengeluaran wang itu tidak mendapat persetujuan Lembaga Pemegang Amanah yang lain.

PAS Perak buat laporan terhadap Harakatdaily

PAS mendakwa akaun satira Harakatdaily menyebarkan kandungan berunsur fitnah.

Pesawah digesa lapor manipulasi harga benih padi sah kepada kementerian

Kerajaan jamin benih padi sah sentiasa mencukupi untuk kegunaan pesawah.

Slots of vaccine recipients not listed under Phase 1 cancelled, says Khairy

He says some centres had already finished vaccinating frontliners and had added individuals from other agencies not listed under the first phase.

Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu ke-3 yang diadakan semalam menentukan hala tuju parti untuk mengukuhkan peranan dan penglibatan dalam Perikatan Nasional (PN), kata Setiausaha Agungnya Hamzah Zainudin.

Beliau berkata perhimpunan itu juga membuktikan kesediaan kepimpinan parti untuk memperkasakan kerjasama politik antara parti-parti sekutu PN seperti Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Bersatu mengucapkan terima kasih kepada para perwakilan dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan bersejarah semalam. Parti yakin bahawa dasar-dasar yang dipersetujui dalam PAT ke-3 bakal meniupkan roh perjuangan yang segar dalam kalangan ahli-ahli untuk terus istiqamah dalam agenda membela agama, bangsa dan tanah air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bersatu semalam mengadakan PAT ke-3 yang dilangsungkan secara maya dari lokasi yang ditetapkan mengikut negeri-negeri dan dijalankan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat berikutan negara berhadapan ancaman pandemik Covid-19.

Hamzah berkata PAT itu disertai 502 perwakilan dari semua peringkat, dan penganjuran perhimpunan tetap diteruskan bagi memenuhi tuntutan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan perlembagaan Bersatu.

Beliau berkata bagi PAT ke-3, sebanyak 171 bahagian serta 2,579 cawangan bersidang dan mengikut rekod, jumlah keahlian semasa parti ialah 508,725 orang berbanding 222,980 ahli ketika PAT ke-2.

Hamzah berkata selain meluluskan usul-usul yang menyentuh aspek ekonomi, pendidikan dan sosial, perwakilan sebulat suara meluluskan cadangan pindaan perlembagaan yang dibentangkan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan.

“Ini termasuklah pindaan perlembagaan parti bagi tujuan penubuhan sayap baru ahli bersekutu.

“Pindaan perlembagaan tersebut bakal mengukuhkan lagi struktur organisasi dan kekuatan akar umbi Bersatu di semua peringkat, selain membuktikan keterbukaan dan keterangkuman parti meliputi aspek keahlian mahupun dasar parti,” tambahnya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

‘Kluster mahkamah’ mahu ulangi resipi kejayaan PH pada PRU15

Sumber berkata naratif yang dimainkan sebahagian pemimpin Umno bahawa Muhyiddin Yassin membuli parti itu.

Zahid, from BN heavyweight to dead weight?

Questions arise over the political future of Zahid Hamidi, who is facing a slew of criminal charges and the repercussions of several recent moves seen as having backfired.

Di mana untungnya Umno berpecah dari PN?

Persoalannya apa untungnya untuk Umno dengan tindakan Zahid ini?

Kerjasama Bersatu-Umno di Sabah wujudkan kestabilan politik

Keputusan PRN Sabah tahun lepas menunjukkan hasrat rakyat di Sabah untuk melihat satu bentuk perpaduan erat antara parti dalam GRS.

BN rejects Ahmad Maslan as sec-gen in another blow to Zahid

This is the second time Zahid's choice of Barisan Nasional secretary-general has not gone down well with coalition leaders.