Sunday, January 24, 2021

Pengusaha tadika terjejas ‘terkapai-kapai’ tanpa bantuan

Pengusaha luah kekesalan kerana tidak diberikan bantuan kerajaan walaupun terjejas teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Other News

Tamil Nadu benarkan cuti Thaipusam selepas ditekan BJP berhaluan kanan

Parti pemerintah BJP mensasarkan untuk menawan Tamil Nadu dengan membangkitkan isu agama yang dekat dengan hati penganut Hindu.

Tiada perarakan Thaipusam, hanya petugas dibenarkan bawa patung

Annuar menjelaskan hanya pergerakan dengan garis panduan yang ketat dibenarkan.

Tamil Nadu to observe Thaipusam holiday after pressure from right-wing BJP

The ruling BJP party has set its eyes on capturing Tamil Nadu by raising religious issues close to Hindus.

It’s not a procession, govt clarifies on allowing Thaipusam ritual

Permission for Lord Murugan's chariot to be brought to the Batu Caves temple is subject to several conditions including a limit on the number of people involved as authorities seek to deter crowds from gathering.
00:03:40

Melaka’s MCO blues

This historic city is second only to Kuala Lumpur in attracting tourists from across the world, but today it tells the same story of despair due to lockdowns related to Covid-19.

Pengusaha tadika swasta meluahkan kekesalan kerana tidak diberikan bantuan kerajaan walaupun terjejas teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19.

Mereka berkata, kekurangan inisiatif daripada kementerian-kementerian bertanggungjawab dalam menyediakan polisi dan keputusan yang memihak kepada pengusaha tadika menyebabkan banyak perniagaan menanggung beban kewangan.

Pemilik Tadika Gems Smart Kids Nadia Farhani Mohd Yusof berkata, sehingga kini, tiada pembelaan terhadap pengoperasian tadika swasta sehingga mereka terpaksa menanggung kerugian malahan ada yang terpaksa gulung tikar.

Katanya, kerajaan seharusnya mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk tadika dan taska beroperasi dalam kadar segera bagi mengelakkan pemilik menanggung kerugian lebih besar selepas terpaksa menutup operasi akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Nadia, pemilik tadika berusia kurang satu tahun membuka operasi di tengah-tengah bandar Sentul yang sedang pesat membangun berpandangan, kerajaan boleh melanjutkan tempoh moratorium kepada para peniaga dalam sektor yang terjejas.

Dengan cara itu, katanya, pemilik perniagaan boleh mempertimbangkan strategi segera untuk menyelamatkan tadika seperti memberi diskaun yuran kepada ibu bapa dan mendapatkan pengecualian sewa premis.

“Simpanan kami semakin habis untuk mengelakkan tadika ditutup. Dan, kami juga harus memikirkan sumber kewangan lain untuk menampung segala kos jika tadika masih belum dibenarkan beroperasi,” katanya kepada MalaysiaNow.

Pemilik Tadika Sinar Impian di Taman Bukit Maluri, Karthikha Raavi berkata, menjadi sesuatu yang mustahil sekiranya menteri dan pegawai kerajaan tidak mengetahui pengusaha tadika berdepan kesusahan akibat pandemik Covid-19.

“Anda menteri, kalau sudah tahu kami ini susah. Kenapa tiada bantuan? Kami bukan minta wang. Kami boleh cari sendiri.

“Cuma minta kalian buatkan polisi yang lebih adil dan bijak,” katanya kepada MalaysiaNow.

Beliau yang berusia 41 tahun mengusahakan tadika itu bersama suaminya, seorang guru sekolah menengah sejak 22 tahun lalu.

Katanya, guru bahasa Mandarin yang memberi perkhidmatan kepada tadika itu sejak tahun 2012 sudah menghantar notis berhenti kerja bulan lalu kerana beliau gagal membayar gaji pekerja kesayangannya itu.

“Sekarang, bukan saya sahaja kacau (ada masalah), guru saya juga terpalit sama. Tadika tidak beroperasi, yuran dikurangkan, sewa premis mesti dibayar. Apa yang tinggal untuk bayar gaji guru?”

“Anda menteri, kalau sudah tahu kami ini susah. Kenapa tiada bantuan? Kami bukan minta wang. Kami boleh cari sendiri.

Untuk rekod, kementerian yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan taska adalah kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Manakala, perkhidmatan tadika diselia oleh kementerian pendidikan (KPM).

Bekas timbalan menteri wanita dan pembangunan masyarakat Hannah Yeoh menegaskan berkemungkinan besar dua kementerian terbabit tidak berbincang sehingga menyebabkan kekeliruan dalam pengumuman oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, operasi tadika dan taska berada di bawah seliaan kementerian yang berbeza.

Bagi kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah diletakkan dalam jagaan taska manakala kanak-kanak berusia lima dan enam tahun di bawah jagaan tadika.

“Jadi, bila pengumuman (MKN) hanya kepada taska, pengusaha tadika jadi tertanya-tanya apa yang berlaku?

“Ibu bapa mungkin ada dua orang anak, seorang umur tadika dan satu lagi umur taska. Mereka hubungi hotline (talian khidmat pelanggan) tetapi hotline pun tak tahu nak jawab,” katanya pada satu sidang media bersama bekas menteri pendidikan Maszlee Malik dan bekas timbalannya Teo Nie Ching di Parlimen pada Isnin.

Bercakap kepada MalaysiaNow, ahli Parlimen Segambut itu berkata sekiranya kekeliruan itu berlanjutan, berkemungkinan besar ibu bapa tidak akan membayar yuran kerana penutupan operasi yang dikhuatiri akan menyebabkan perniagaan tadika dan taska terjejas dengan gaji guru-guru dan kakitangan tidak mampu dibayar.

Katanya, baru-baru ini mereka bertiga membuat perjumpaan maya bersama para pengusaha tadika di negeri zon hijau iaitu Pahang yang rata-ratanya berkata tiada pihak yang tampil membantu mereka.

“Terdapat pengusaha tadika yang menangis di hadapan kami mengenangkan nasib mereka yang gagal membuat bayaran gaji kepada pekerja sejak beberapa bulan lalu akibat Covid-19,” katanya.

Terdapat satu petisyen mendesak KPM membenarkan tadika beroperasi dengan kadar segera sudah ditandatangani lebih 13,250 peserta.

Petisyen itu dilancarkan Shazwan Shah mewakili golongan ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak ke tadika kerana bekerja dan tidak mampu membayar upah tambahan kepada pengasuh selepas ditutup kerana PKPB.

Difahamkan, dua minggu lalu, satu petisyen wakil pengusaha tadika sudah dihantar ke Menteri Pendidikan Radzi Jidin.

Usaha MalaysiaNow mendapatkan ulasan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun berhubung perkara ini masih belum berjaya.

Manakala, Unit Komunikasi Korporat KPM ketika dihubungi menegaskan tiada perubahan terhadap keputusan kementerian berhubung penutupan sekolah.

Pada satu sidang media pada Selasa, Radzi menegaskan tindakan pihaknya menutup sekolah di negeri-negeri bukan PKPB bertujuan untuk membendung para murid daripada dijangkiti wabak berkenaan.

“Covid-19 ini tidak mengenal warna hijau atau merah. kalau ia mengenal warna, maka kerja kita lebih senang,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

KPM perkasa TV Pendidikan yang kini bersiaran 9 jam sehari

KPM mewujudkan kembali TV Pendidikan pada 6 April 2020 sejurus pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada 18 Mac tahun sama.

Up to parents to send their children to kindergarten, says minister

Private kindergartens have been given the green light to open to meet the needs of parents and guardians who need to work.

Terpulang ibu bapa mahu hantar anak ke tadika swasta, kata menteri

Premis tadika swasta dibenarkan operasi bagi memenuhi keperluan ibu bapa dan penjaga yang bekerja.

Operasi institusi pendidikan bawah KPM

Pengoperasian tertakluk kepada kawasan PKP, PKPB dan PKPP.

Ibu bapa bersesak di pejabat pendidikan untuk proses pertukaran sekolah anak

SOP penjarakan sosial sukar dilaksanakan kerana ibu bapa terpaksa berhimpit dan berbaris panjang bagi mendapatkan pengesahkan dokumen.