- Iklan -
Berita

1,315 kes baru Covid-19, 1,110 pulih, 4 lagi kematian dilaporkan

Sebanyak 11,508 kes aktif direkodkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar yang dirakam pada 6 Oktober lalu, menunjukkan petugas kesihatan menjalankan saringan Covid-19 di Sekolah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang, Kuala Lumpur.
Gambar yang dirakam pada 6 Oktober lalu, menunjukkan petugas kesihatan menjalankan saringan Covid-19 di Sekolah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang, Kuala Lumpur.

Sebanyak 1,315 kes jangkitan baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk lima jangkitan import menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 63,176.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, seramai 1,110 pesakit dibenarkan pulang selepas pulih sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang sembuh sebanyak 51,314 orang atau 81.2%.

Noor Hisham berkata, kes aktif kini berjumlah 11,508 dan kesemua pesakit sedang menerima rawatan di hospital, 118 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 43 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat empat kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 354 orang,” katanya.