Saturday, September 25, 2021

Dr Mahathir yang ikut Amanah, kata Khalid Samad

Khalid Samad berkata, beliau dan rakan-rakan dalam Amanah tidak biasa dengan pendekatan “dengar dan patuh”.

Other News

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata ahli Parlimen parti itu yang bertindak bangun menuntut undi belah bahagi sewaktu sesi penggulungan Belanjawan 2021 walaupun berbeza dengan tindakan Pakatan Harapan (PH) dibuat atas pendirian masing-masing tanpa mengikut mana-mana pihak.

Bekas menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, pada asasnya Amanah yang meminta supaya diadakan undi belah bahagi melalui ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar, walaupun ia tidak disambut PKR dan DAP.

“Bukan Tun (Dr Mahathir Mohamad) yang minta baru kita bangun atau mana-mana pihak daripada Pejuang. Kita yang minta.

“Bukan kita yang ikut Tun, Tun yang ikut kita,” katanya dalam wawancara disiarkan Facebook Jom Channel malam tadi.

Khalid mengulas isu ini susulan terdapat cakap-cakap mengatakan Amanah membuat tindakan itu mengikuti langkah Mahathir dan tiga ahli Parlimen Pejuang yang turut bangun selepas Mahfuz mencadangkan undi belah bahagi.

Selepas selesai ucapan penggulungan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz semalam, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun memberikan peluang kepada ahli Parlimen yang mahukan undi belah bahagi untuk berdiri.

“Bukan kita yang ikut Tun, Tun yang ikut kita,” katanya dalam wawancara disiarkan Facebook Jom Channel malam tadi.

Ketika itu, hanya 13 ahli Parlimen yang berdiri, kurang dua ahli Parlimen diperlukan mengikut syarat undi belah bahagi dijalankan.

Kesemua ahli Parlimen Pejuang pimpinan Mahathir berdiri termasuk majoriti ahli Parlimen Amanah.

Khalid berkata, menjadi sesuatu yang sukar sekiranya mereka tidak berdiri menuntut undi belah bahagi selepas pelbagai kenyataan dan janji yang dibuat kepada rakyat untuk menolak Belanjawan 2021.

Semalam MalaysiaNow melaporkan terdapat arahan saat akhir diberikan Pengerusi PH Anwar Ibrahim kepada para pemimpin pembangkang menyebabkan ahli Parlimen DAP dan PKR tidak meminta undi belah bahagi sehingga menyebabkan Belanjawan 2021 diluluskan dengan mudah.

Difahamkan, Anwar mengeluarkan arahan itu kepada ahli-ahli Parlimen PH selepas bekas perdana menteri, Najib Razak menarik diri daripada percubaan untuk menggagalkan Belanjawan 2021.

Khalid bagaimanapun berkata, Amanah tidak biasa dengan konsep “dengar dan patuh” kerana merasakan terdapat keperluan untuk berbincang dan berhujah mengenai pembentangan belanjawan itu.

Katanya, sekiranya undi belah bahagi tidak dibangkitkan, ia seolah-olah memberikan bayangan bahawa ahli Parlimen Amanah menyokong Belanjawan 2021 sedangkan banyak kenyataan sebelum ini menyatakan sebaliknya.

“Tapi orang akan nampak, kalau kamu betul-betul tolak, bangkang, tak setuju. Kenapa tak buat undi belah bahagi?

“Itu pandangan kami, kita nak buat sesuatu atas keyakinan kita setelah dibahas dan dihujah dan sebagainya,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles