Sebanyak 1,148 pesakit yang menerima rawatan Covid-19 telah sembuh sepenuhnya menjadikan angka keseluruhan mereka yang pulih kini berjumlah 50,204 orang atau 81.2%, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Noor Hisham berkata sebanyak 1,109 kes baru jangkitan Covid-19 termasuk 10 kes import, menjadikan bilangan terkumpul penularan pandemik itu dalam negara berjumlah 61,861 orang.
“Sabah kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 441 atau 39.8%, diikuti Selangor 175 kes (15.8%) dan Negeri Sembilan 167 (15.1%),” katanya.
Katanya seramai 11,307 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, 113 dirawat di Unit Rawatan Rapi termasuk 41 memerlukan bantuan alat pernafasan.
“Dukacita dimaklumkan terdapat dua lagi kematian baru dilaporkan, menjadi jumlah mereka yang maut akibat Covid-19 meningkat kepada 350 orang,” katanya.