- Iklan -
Berita

Kematian Maradona, Argentina berkabung 3 hari

Maradona meninggal dunia pada Rabu akibat serangan jantung di kediamannya di daerah Tigre, utara Buenos Aires.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Para peminat Maradona berkumpul di luar rumah mayat selepas mengetahui berita kematian Maradona. Gambar: AFP
Para peminat Maradona berkumpul di luar rumah mayat selepas mengetahui berita kematian Maradona. Gambar: AFP

Pemerintah Argentina pada Rabu mengumumkan negara berkabung tiga hari atas kematian legenda bola sepak Diego Armando Maradona, lapor agensi berita Xinhua.

“Presiden memutuskan seluruh  negara akan berkabung tiga hari bermula dari hari (kematiannya),” kata kenyataan Pejabat Presiden.

Maradona meninggal dunia pada Rabu akibat serangan jantung di kediamannya di daerah Tigre, utara Buenos Aires.

Bekas pemain dan jurulatih pasukan bola sepak Gimnasia y Esgrima La Plata itu pernah menjalani pembedahan selepas diserang strok pada awal November.

Maradona menyambut hari lahirnya ke-60 pada 30 Oktober.