Saturday, March 6, 2021

KDN rangka pelan strategik holistik tingkatkan kawalan sempadan negara, kata menteri

Pembelian aset serta fasiliti moden seperti dron, armoured personal carrier, night vision goggles, GPS tracker untuk keselamatan sempadan.

Other News

PDRM nafi dijadikan ‘senjata politik’ sekat demokrasi

SPRM turut senada dengan PDRM nafi dakwaan agensinya dijadikan alat politik.

Aktiviti sukan individu, berpasukan dibenarkan di kawasan PKPB, PKPP

Kebenaran itu tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa dan kebenaran pihak berkuasa berkaitan.

Malaysia catat 1,680 kes baru Covid-19 hari ini

Kes baru masih menunjukkan trend penurunan dengan catatan angka di bawah 2,000 kes.

Recoveries stay ahead as daily cases dip below 2,000

1,680 new cases, 2,548 recoveries.

Ahmad Maslan minta ahli Parlimen Umno, BN sokong PN hingga Parlimen bubar

Menurut Ahmad Maslan kerajaan ketika ini adalah kerajaan campuran.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang merangka pelan strategik yang holisitik bagi memperkasakan kawalan di sempadan negara yang turut merangkumi perolehan aset serta fasiliti yang bersifat moden kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata pihaknya berpandangan aspek kesiapsiagaan pasukan keselamatan yang bertugas di sempadan harus dipertingkatkan agar kejadian tembakan yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan tidak berlaku lagi.

“Kementerian sedang merangka pelan strategik secara holisitik bagi memperkasakan kawalan di sempadan negara selain melibatkan perolehan aset serta fasiliti yang bersifat moden seperti dron, armoured personal carrier, night vision goggles, GPS tracker dan peralatan lain untuk keselamatan sempadan.

“KDN berpandangan aspek kesiapsiagaan dan keupayaan anggota keselamatan yang bertugas di sempadan harus diperkasakan. Perkara ini dapat direalisasikan melalui latihan dan kerjasama strategik bersama agensi dalam dan luar negara,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Dua hari lepas, seorang anggota PGA, Koperal Baharuddin Ramli, 54 yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, maut akibat ditembak, awal pagi, kelmarin.

Dalam kejadian pada 3.10 pagi itu, Baharuddin sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.

Baharuddin selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Orang Asli Sungai Sampo dan mangsa yang cedera sedang dirawat di HTF dengan keadaannya dilaporkan kritikal.

Sehubungan itu, Hamzah menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan tegas bagi mereka yang terlibat.

Dalam pada itu, beliau menjunjung kasih kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menganugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani kepada kedua-dua anggota tersebut bagi mengenang jasa dan pengorbanan yang dilakukan.

“Tambahan daripada itu, KDN juga memperakukan supaya mendiang Koperal Baharuddin Ramli untuk dinaikkan pangkat kepada sarjan posthumous dan anggota PGA tercedera, Koperal Norihan dinaikkan pangkat kepada sarjan secara “anumerta”.

“Sebelum mengakhiri pertanyaan Yang Berhormat Kulai di dalam dewan mulia ini, saya mewaklil sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban dalam insiden tersebut.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Lebih 55,000 guru dipertimbang terima suntikan vaksin Covid-19 fasa pertama

Khairy berkata pertimbangan itu dibuat selepas pihaknya menerima senarai daripada kementerian pendidikan.

Penagih dadah hanya ke pusat pemulihan, tidak ke penjara dalam akta baru

Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan akan menggantikan Akta Penagih Dadah 1983.

Banyak lagi perlu dilakukan untuk lindungi hutan simpan, kata aktivis

Cadangan kerajaan negeri Selangor akhir tahun lepas supaya hutan simpan itu dinyahwartakan disambut dengan kebimbangan dan kemarahan NGO.

Hamzah pulih Covid-19, dibenarkan pulang

Setiausaha akhbar beliau, Zulkifli Bujang mengesahkan perkara itu.

Pendaftaran parti politik seharusnya diuruskan SPR, bukan RoS

Adalah suatu yang bercanggah apabila pilihan raya diadakan tetapi parti politik dipersulitkan untuk ditubuhkan.